INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Sabtu, 6 April 2013

PERLUNYA RANGKAIAN PERNIAGAAN

        Selama ini saya rasa boleh buat semuanya sendiri tanpa perlu rangkaian perniagaan. Selepas saya mendaftar perniagaan dan memerlukan tambahan dana untuk membuat projek yang lebih besar, barulah saya sedar bahawa perlunya ada rangkaian perniagaan yang boleh membantu kita dalam perniagaan sama ada kecil atau besar.  Rangkaian perniagaan yang mantap iaitu yang ada kaitan antara satu sama lain, membuatkan perniagaan yang kecil jadi besar dan yang besar bertambah kukuh kedudukannya. Disamping kerjasama antara rangkaian, kos-kos juga dapat dijimatkan terutama produk yang sama atau iklan yang sama.
         Konsep rangkaian perniagaan ini terbentuk dalam sistem perniagaan MLM (Multi Level Marketing). Oleh kerana itulah MLM menguasai hampir 80% perniagaan yang ada di pasaran sekarang.Pelibatan secara langsung seperti New Image dengan produk popularnya Alpha Lipid SD II atau secara tidak langsung seperti Norainis Cookies, HPA, Yusmira dan beberapa jenama terkenal di Malaysia.
         Kebanyakan produk keluaran syarikat di atas memerlukan ajen untuk pemasaran produk mereka. Tanpa adanya ajen, sama ada orang perseorangan atau syarikat kecil, yang lebih dikenali dengan nana enterprise, pemasaran sukar dilakukan kerana memerlukan kos periklanan yang tinggi bagi pemasaran produk mereka.
       Maka marilah kita membentuk rangkaian perniagaan atau KERJASAMA DALAM PERNIAGAAN untuk menjana ekonomi negara yang mantap.