INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Jumaat, 30 Januari 2015

SEPANJANG PERJALANAN DENGAN KOMUTER

SEPANJANG PERJALANAN DENGAN KOMUTER

February 15, 2011 at 1:04am
          14 Februari 2011 - Perjalanan dari Shah Alam ke Bank Negara dengan menaiki komuter. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Saya ditemani oleh anak kedua saya untuk berjumpa dengan adik saya di bandar metropolitan KL. Dalam perjalanan itu bermacam ragam disaksikan. Di sini saya ceritakan beberapa peristiwa sebagai renungan dan iktibar.

Peristiwa 1
- Seorang pemuda Cina, mungkin pelajar kolej sedang membaca buku tanpa memperdulikan orang lain. Apabila  hampir sampai ke destinasi yang dituju, pemuda Cina mengemas buku yang dibacanya. Saya merasa kagum sedikit dengan cara pemuda ini menyimpan buku dan peralatannya di dalam beg galas.(Kebetulan duduk di sebalah pemuda Cina ini). Dia menyusun buku, buku nota dan peralatan menulis dalam satu folder bertutup seperti kotak plastik. Bukan satu tetapi tiga, bermakna tiga set folder tersebut. Dalam hati saya, beranggapan kemungkinan pemuda Cina ini menyusun buku, nota dan peralatan menulis bagi setiap subjek yang diambilnya. Dengan cara ini, dia akan menulis nota berasingan bagi setiap subjek dengan menggunakan peralatan dalam folder subjek yang berasingan tadi. Ini untuk mengelakkan dia tertinggal peralatan jika menggunakan satu folder sahaja untuk kesemua subjek, maklumlah sebagai pelajar kolej akan terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Di samping itu dia tidak terlupa/tersalah salin ke buku nota untuk subjek tertentu.

Peristiwa 2
- Dua orang wanita Melayu masuk sambil berbual sesama sendiri. Dapat tempat duduk, membaca juga tetapi buku yang dibacanya ialah majalah nona, mingguan wanita. Sekadar membelek, bergosip isi kandungan majalah yang dibelek, letak kembali dalam beg plastik yang bercampur dengan anika benda, dibawa sambil bimbit saja. Walaupun majalah ada info yang berfaedah, cara meletakkannya macam tidak berharga langsung. Dalam tangkapan saya, cara ini menunjukkan habis saja dia membaca isi kandungannya, biarkan saja di atas meja/di mana saja yang sempat tanpa menyusun  di tempat yang khas.

Peristiwa 3
- Sepasang kekasih berbangsa Melayu tanpa segan silu duduk rapat, bersambung kepala. Cakap berbisik-bisik, tanpa memperdulikan orang lain yang melihat telatah mereka.

Peristiwa 4
- Sepasang suami isteri, mungkin baru kahwin kerana inai masih merah di jari. Si isteri berinai sepuluh
jari, si suami berinai 3 jari. Duduk berdekatan tapi si isteri agak segan silu untuk merebahkan kepala ke bahu suami dan si suami pula agak segan untuk memeluk isteri di kalayak ramai.
Motif cerita - Cara didikan dan rasa tanggungjawab terhadap sumber ilmu (bahan bacaan) dan keimanan yang tebal saja yang boleh membentuk peribadi kita menjadi yang terbaik.

Ahad, 25 Januari 2015

KISAH MUHAMMAD ASYHIF BIN MOHD ARIS

Memperkenalkan anak-anakku
MUHAMMAD ASYHIF BIN MOHD ARIS
Pelajar tingkatan enam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pelajar Maahad Pengajian Islam, Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.
Seawal usianya lima tahun, telah dihantar ke sekolah agama swasta Sekolah Rendah Islam Pintar, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Minat untuk ke sekolah, menjadikan ummi dan ayah pening kepala mahu sekolah apa dan bentuk pembelajaran bagaimana hendak diterapkan ke jiwa anak ini.
Akhirnya ummi dan ayah sebulat suara menghantar ke aliran agama. Gembiranya hati arwah nenek Muhammad Asyhif, cucu sulung lelaki dari anak perempuannya hendak belajar agama. Setiap kali cuti sekolah Muhammad Asyhif akan berada di rumah nenek di Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
Apabila berada di sana, nenek Asyhif akan pura-pura bellajar dari cucunya
"Muhammad... belajar apa di sekolah"
"Belajar Bahasa Malaysia, English, Arab, Matematik, solat, makan ramai-ramai dan banyakkk lagi, Abang tidak ingat"
"Muhammad boleh ajar nenek tak?"
"Nenek hendak belajar apa?'
"Apa-apa sahaja yang Muhammad ajar, nenek ikut"
"Okay..., Abang ajar nenek bahasa Arab lah hari ini. Nenek ambil buku tulis"
"Tidak payahlah, nenek hafal saja. Lagipun nenek tulis dalam jawi, nanti Muhammad tidak tahu baca"
"Okay"

Rabu, 21 Januari 2015

TANGGUNGJAWAB PENJAGAAN IBUBAPA

June 12, 2011 at 7:15pm
Perbalahan sering berlaku antara adik beradik apabila ibu atau bapa mereka telah berumur dan tidak mampu menguruskan diri sendiri lagi. Sepatutnya perbalahan seperti ini tidak berlaku kerana di dalam agama Islam sendiri, telah mengariskan secara jelas bahawa anak lelaki bertanggungjawab menjaga ibu atau bapa mereka sehingga akhir hayat mereka. Itu sebabnya secara faraid anak lelaki mendapat dua pertiga dari harta pusaka, selain menjaga ibubapa, anak lelaki juga bertanggungjawab ke atas adik beradik perempuan yang tidak berkahwin.
Kalau anak perempuan diarah oleh warisnya (orang lelaki), mereka mestilah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu kerana akan menjadi tanggungjawab suaminya dan pembiayaan akan bertambah. Jika anak perempuan itu bujang pula, pembiayaan penjagaan ibubapa hendaklah diberi oleh warisnya yang lelaki tadi kerana dirinya sendiri di bawah tanggungjawab warisnya yang lelaki.  Walaupun anak perempuan itu bekerja dan berjawatan tinggi, tanggungjawab menjaga ibubapa tetap kepada anak lelaki, melainkan jika tiada anak lelaki dalam keluarga itu, waris lelaki dalam keluarga sebelah bapa atau ibu bertanggungjawab mengarahkan anak saudaranya menjaga ibubapa mereka segala bergilir. Itulah adilnya Islam.
  Sedarlah jika kita tidak menjaga amanah Allah, hidup kita tak akan berkat dan kita akan sentiasa ditimpa kesusahan di dunia ini. Mengenai pembahagian harta pusaka pula, pastikan kita sentiasa mengikut hukum faraid supaya harta yang kita perolehi dan usahakan mendapat keberkatan Allah.  Eloklah diselesaikan pembahagian harta pusaka dengan segera supaya kita tidak terlibat makan harta anak yatim tanpa kita sedari.  Wahai ibu tunggal atau duda, sedarlah harta peninggalan arwah suami atau isteri anda adalah harta anak yatim sebenarnya, begitu juga waris yang diamanahkan menjaga harta tersebut. Jangan pandang remeh perkara ini kerana kesannya amat besar di kemudian hari. Hanya sekadar pengingatan, maaflah jika ada yang terasa, tetapi begitulah kehidupan kita sebagai umat Islam telah diatur. Fikir dan renungkanlah. 

DIGAMIT USIA

DIGAMIT USIA

June 12, 2011 at 6:34pm
Lahirnya aku melihat dunia,
Disambut dengan penuh gembira,
Oleh segenap ahli keluarga,
Bakal pewaris pembina negara,
Digendong ibu kemana mana,
Dengan penuh kasih sayangnya,
Aku diasuh seawal usia,
mengenal agama bentengnya jiwa.
Sebelas tahun didikan utama,
Alam persekolahan diberi nama,
Suka duka dilalui bersama,
untuk hadapi hari muka,
Terima kasih ucapan diberi nama,
Kepada guru yang banyak berjasa,
Mendidik muridmu hingga berjaya.
Alam persekolahan ditinggal lama,
Segalanya masih tergiang di mata,
kini aku telah berjaya,
Mencapai segala yang dicita,
Dengan adanya ilmu di dada,
Dengan adanya agama benteng jiwa,
Teguhlah iman, kuatlah negara,
Dari angkara musuh durjana.
Empat puluhan digamit usia,
Mula hideup diberi nama,
Hidup ke arah mana.....
Ke arah syurga atau neraka,
Sudah penuhkah amalan kita,
Untuk peneman di alam sana,
Alam yang penuh aneka warna,
Indah dan ngeri semuanya ada.
Ayuh umat manusia semua,
Jangan asyik bersuka ria,
Sehingga alpa kan suasana dunia,
Tegakkan agama kukuhkan negara,
Kita sentiasa digamit usia,
Sesungguhnya janji akan dikota,
Ianya tidak mengenal usia,
Sampai waktu tinggallah dunia.
Hasil nukilan,
Puteri Nur Hidayah
7 Rabiul Awal 1432
10 Februari 2011

MANA LEBIH BAIK

MANA LEBIH BAIK

January 20, 2011 at 5:24pm
Kali ini saya mengajak anda mengasah minda. Soalan-soalan ini saya kutip dari pembacaan saya dalam majalah-majalah bersifat islamik.

1) Kawasan kejiranan kita yang sunyi, aman, cantik tetapi jiran-jiran buat hal sendiri ATAU kawasan kejiranan yang agak sibuk dengan aktiviti islamiknya, jiran-jiran macam saudara kita sendiri.

2) Harta kita yang bertambah dari hari ke hari, kita simpan untuk bekalan anak cucu kita ATAU harta kita yang sedikit tapi mencukupi untuk bekalan anak cucu kita, disedekahkan, dizakatkan dan diwakafkan.

3) Merasa diri kita hebat kerana mengenali orang besar dan ternama kenal mesra dengan kita ATAU diri kita hebat kerana dikenali oleh  orang biasa yang sentiasa menyerahkan diri kepada Allah s.w.t.

4) Orang sekeliling kita kata "Awak ini cantik, bergaya, nampak muda, saya sukakan awak" ATAU orang dalam rumah kita (suami atau muhrim) kata "Awak ni dah tak cantik, comot, dah tua (nada cemburu) tapi saya tetap sukakan awak"

5) Senyum kerana terpaksa ATAU senyum dengan ikhlas

6) Menjadi pidato terbaik dengan cerita-cerita dunia ATAU pidato terbaik dengan cerita-cerita bekalan akhirat.

7) Melihat dunia serta isinya untuk mendapat syurga dunia ATAU melihat dunia serta isinya untuk mendapat syurga Allah.

Sila jawap dan renung-renungkan......

PERISTIWA KELAHIRAN ANAK-ANAKKU

Peristiwa Kelahiran Anak-anakku

January 2, 2011 at 12:34pm
Muhammad Asyhif bin Mohd Aris

November 1997 - Bulan ni, anakku yang sulung sepatutnya hadir ke dunia. Aku meminta cuti awal dua minggu sebelum tarikh dijangka bersalin iaitu 2hb. Anakku tidak mahu keluar lagi pada hari tersebut sehingga melewati 8 hari. Pagi 10hb. jam lebih kurang 2 pagi, air ketubanku pecah, habis basah kain batik yang aku pakai malam tu, lencun dan berbaul hanyir pula tu. Aku mengejutkan suamiku, suamiku bergegas siap ala kadar dan tolong siapkan diriku juga (terasa bahagia hidup jika selalu begini). Setelah itu dia memberitahu ibuku yang kebetulan datang ke rumah kami untuk menyambut kehadiran anak sulung kami. Suamiku membawaku ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang yang berhampiran rumahku di Taman Sri Andalas, Klang. Setibanya di hospital, aku terus pergi ke wad bersalin untuk mengikut prosedur biasa di sana. Waktu menunjukkan pukul 2.30am, jururawat yang bertugas ketika itu mengatakan lambat lagi, baru 2cm. Aku disuruh masuk ke wad bersalin untuk tunggu sampai betul-betul rasa sakit nak bersalin. Di wad ni, suamiku tidak dibenarkan berada lama kerana bukan waktu melawat.  Aku keseorang melawan perasaan, aku melihat kelilingku, masing-masing menyeringat dan berkerut muka menahan sakit. Aku tidak merasa kesakitan itu, malah aku masih mampu menolong seorang bakal ibu untuk ke tandas. Selang 3 jam lebih kurang pukul 5 pagi, ketika aku hendak membuang air kecil, aku lihat keluar air jernih berwarna hijau meleleh melalui betis. Aku memberitahu jururawat yang bertugas, kelam-kabut mereka dan segera memberitahu suamiku untuk hadir ke hospital semula. Aku ditolak ke bilik bersalin, aku diberi suntikan untuk rasa nak bersalin tapi sehingga pukul 3 petang, aku tidak merasa sakit untuk bersalin. Akhirnya aku diminta sain untuk pembedahan, begitu juga suamiku. Kata doktor bahaya kalau lambat sebab bayiku dah berak dalam perut, takut lemas pula. Lagipun aku merasa kurang tenaga setelah tidak makan melebihi 12 jam. Akhirnya lahirlah anak melalui pembedahan. Itulah, kata orang tua-tua jika hamil tu, setiap percakapan dan kelakuan perlu dijaga. Aku memang berdoa untuk tidak sakit bila bersalin, memang tak sakit tapi anak pertama dah dibedah,yang sepatutnya boleh lahir normal menurut doktor.Maka lahirlah anakku yang sulung pada tanggal 10 November 1997 jam 3.09pm bersamaan  9 Rejab 1418H, hari Isnin.

Muhammad Asyrif bin Mohd Aris

Usia anak sulungku 6 bulan, aku disahkan hamil lagi, tempoh hamil ini aku berselera sangat makan. Berat badan naik mendadak, air soya tidak pernah putus, kata orang nak anak putih.  Aku dijangka bersalin pada 25 April 1999 iaitu 9 Muharam, kalau nasib baik dapat tanggal 10 Muharam - hari Asyura (Banyak peristiwa berlaku pada tarikh ni) Aku bercadang untuk balik ke Kelantan untuk melahirkan anak ni pada malam Sabtu tanggal 23hb.tetapi pada malam Khamis 21hb. seperti biasa air ketuban pecah. Aku segeralah dikejarkan ke hospital yang sama dengan anak sulungku, memandangkan aku masih tinggal di Taman Sri Andalas. Proses bersalin tidak mengambil masa yang lama, mudah sungguh. Walaupun pada masa meneran tu aku tidak pandai sebab kira ini proses pertama kali aku bersalin normal. Bidan serta jururawat di situ risau juga sebab takut bekas jahitan kelahiran anak sulungku tu tertetas. Alhamdullilah kali ni bersalin normal walaupun kebanyakkan mkenyangka aku tidak boleh bersalin normal. Kuasa Allah, tiada sesiapa boleh menghalangnya.  Anakku ni sihat, putih macam anak Cina. Aku musykil juga pada mulanya, anak Cina ke bukan apa takut bertukar, tapi seingat aku masa melahirkannya tiada wanita Cina yang hendak bersalin. Sahlah anak aku tu, tilik punya tilik memang sah ada iras rupa aku. Confirm anak aku. Putihnya anak ini semasa lahir, kalau tutup lampu waktu malam nampak lagilah dia, bercahaya bersih, maklumlah bayi baru lahir. Sampai sekarang putih gebu dan kus semangat badannya. Hari Khamis 22 April 1999 bersamaan 6 Muharam 1420H pukul 10.03am lahirlah putera keduaku ini.

Selepas kelahiran putera keduaku, walau saban tahun aku hamil (kahwin lewat umur 29 tahun, jadi kalau boleh anak ramai sebelum 40 tahun, malahan pula umurku dan suami sebaya),aku mengalami keguguran apabila usia kandungan melebihi 2 bulan. Allah tidak memberikan rezeki lagi, sabar sajalah mungkin ada hikmah disebaliknya. Apabila kali terakhir aku hamil iaitu tahun 2002 dan mengalami keguguran juga, aku disahkan ada sis (ketumbuhan kecil sebesar kepala mancis) di dalam rahim. Menurut doktor sebab itulah aku tidak boleh hamil atau mengalami keguguran. Aku dinasihat untuk menjalani pembedahan kecil untuk buang sis tersebut. Yang menyedihkan doktor pakar sakit puan berbangsa India lelaki mencadangkan ovari kilang telur sebelah kanan dibuang. SuhanaAllah.... aku berdoa ya Allah jangan dibuang, kerana mahupun anak lagi, tak cukup dua orang. Terlalu sedikit bagiku ya Allah....Akihirnya Allah makbulkan doaku, alhamdullillah, Dr. yang menjalankan pembedahan tu hanya buat kaedah tebuk dan buang sis tu saja, katanya sis tu kecil sangat, sayang dibuang ovari. Syukur kepadaMu ya Allah, syukur sangat.

Nur Maisarah binti Mohd Aris

Bulan Mac 2005, suamiku diberitakan akan dihantar ke United Kingdom atas urusan pekerjaan teknikalnya oleh majikannya Proton Sdn. Bhd. Pemergiannya mengambil masa lebih kurang 3 bulan, macam biasalah nak berpisah lama ni, suamiku jalankan tanggungjawabnya memberi nafkah batin secukupnya.  Sepeninggalannya ke UK itu, aku tinggallah dengan 2 orang puteraku di rumah kami di Shah Alam (Apartment Proton yang dijual pada staf). Akulah yang menghantar dan mengambil mereka ke sekolah tadika, mujurlah sekolah itu sampai ke petang, kira campur asuhan sekalilah. Kalau tidak payah juga aku nak bekerja, yang bekerja 'gomen' ni terikat pada waktu kerja 8am -5pm. Lebih kurang sebulan pemergian suamiku, aku disahkan hamil lagi. Lebih mengembirakan kemungkinan bayi akan lahir tu perempuan. Alhamdulillah...alhamdulilah....alhamdulillah ya Allah. Kekawan pejabat mula mengata tentang kehamilanku tu, kata mereka" Nora  dapati post lajulah, suami dia hantar"yang lelaki, yang perempuan pula"Betul ke atau......". Mulut orang bukannya boleh  ditutup, biarlah apa mereka nak kata, yang aku pasti Allah masih menyayangiku dan memberi kelebihan untuk melahirkan lagi. Aku melahirkan anak ini di Hospital Selayang iaitu berdekatan dengan rumah keluarga asalku sebelum berkahwin di Taman Selayang. Pada mulanya jururawat di situ keberatan membenarkan aku bersalin di sana, aku memberi alasan berdekatan dengan emak yang akan menjaga aku selepas bersalin, tambahan pula pembedahan buang sis tempoh hari di sini juga.  Aku memilih Hospital Selayang ini sebab suami kita boleh melihat proses bersalin, kalau berani boleh sambut anak itu sendiri. Sakit bersalin tak lama, tapi proses meneran dan untuk melahirkan itu yang lama, maklumkan dah hampir 7 tahun tidak melahirkan. Tepat pukul 8.55am, hari Rabu 25 Januari 2006 bersamaan 25  Zulhijjah 1427 lahirlah puteri sulungku, comel macam anak patung. Aku memang berdoa jika si anak dalam kandungan ni perempuan, dia kutip semua kecantikkan, kepandaian dan segala yang baik dari kedua-dua belah pihak untuk membentuk peribadinya. Syukurlah kepada Allah, setakat umurnya mencecah 5 tahun bulan ni, nampakkan menepati apa yang dihajat. Lebih menyeronokkan kehadiran puteriku ni, ayahnya ada bersama, terasa kurang sikit sakit bersalin tu.  Lebih advantage lagi, anakku adalah yang pertama perempuan dilahirkan pada hari itu, sampaikan bila nak dicaj keluar dari labour room, jururawat bertugas tersilap tanda di borang pendaftaran kelahiran tu - lelaki. Nasib baik cepat sedar, kalau tidak naya kami, dituduh menculik anak sendiri.

Masturina binti Mohd Aris

Anak ini bertuah sungguh, sejak dari lahir sampai suka nak buat sendiri sesuatu perkara. Begini ceritanya, anak ini sepatutnya dijangka dilahirkan pada 17 Februari 2007, tapi sehari demi sehari sehingga melewati 11 hari baru ada tanda untuk melahirkan, keluar sedikit darah. Ops...tak ingat nak beritahu, anak perempuan tanda nak bersalin turun sedikit darah, anak lelaki air ketuban pecah. Itu bagi akulah,orang lain tak tahulah. Aku dihantar ke Hospital Selayang untuk bersalin oleh suamiku pada pukul 5 petang 28 Februari setelah turun tanda di atas. Setelah diperiksaan bukaan melebihi 2 cm, aku di tempatkan di wad bersalin. Sehingga pukul 8pm, rasa bersalin tidak ada lagi, jururawat terpaksa beri ubat paksa bersalin pada pukul 10pm. Oh dan-dan tu pula sakit nak bersalin, merengat habis... aku terus ditolak ke bilik bersalin jam 10.30pm, suamiku minta balik sekejap ke rumah emakku sebab anak ketigaku yang baru berumur setahun perlukan perhatian. Dua orang abangnya dah disuruh adikku menjaganya, kebetulan tinggal berhampiran dengan rumahku di Shah Alam, lagipun mereka bersekolah di Shah Alam, susah nak ulang alik dari Selayang. Sambung balik cerita tadi, melencung sekejap tadi. Sebaik tiba di labour room, jururawat memecahkan air ketuban. Setelah air ketuban pecah, resa bersalin semakin kerap, rasa nak terputus urat perut, sakit tak boleh nak ceritakan. Orang yang mengalami sajalah yang tahu. Berkat zikir serta doa sentiasa, kuranglah sikit rasa nak bersalin itu. Tepat pukul 52 minit pagi 1 Mac 2007 bersamaan 11 Safar 1428 hari Khamis, lahirlah puteri keduaku ni tanpa kehadiran ayahnya. Apabila ayahnya sampai sesudah Subuh dan diiqamatkan anak ini di wad, aku memberitahu suamiku satu perkara "Anak ini hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang ke 11 bang". "Ya ke...(Memang lelaki kurang respon akan tarikh-tarikh begini, takut kena bagi hadiahlah tu, mujur tarikh lahir aku dia ingat, kalau tidak nak nangis dah. Tarikh ini mengikut kalendar tahun Masihi). Anakku yang ini, masa kecil lagi dah pandai berdengki dengan kakaknya sejak lahir lagi. Manakan tidak, apabila aku memangku kakaknya dia merengek untuk dipangku juga. Jadinya terpaksalah aku buat katil dua tingkat, seorang di riba dan seorang lagi dipangku dengan kedua belah tangan.  Kakak pun serupa rupanya, berdengki juga, semasa aku menyusukan si kecil dalam posisi mengiring macam nak tidur itulah, dia sanggup duduk celah peha aku untuk tidur, asalkan dapat tidur sebelah umminya.  Sampai sekarang mereka berdua berperangai begitu, sering berbakah dan berbaik semula. Dalam kegembiraan tahun itu, rupanya kesedihan mengunjung tiba. Ketika usia puteri keduaku ini  bulan, ibuku yang disayangi lagi dihormati telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Muhammad Asy'ari bin Mohd Aris

Mencukupkan kouta yang dibenarkan oleh kerajaan, mengikut dalam Perintah Am Bab C, peruntukkan cuti bersalin ketika itu iaitu sehingga 5 kali bersalin bergaji penuh. Anakku ini dilahirkan secara pembedahan segera apabila tekanan darah tinggi aku tidak turun sentiasa melebihi tahap normal. Aku dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)pada hari Isnin 12 Mei 2008 kerana sakit kepaka yang keterlaluan bagai nak pecah. Aku ditahan di wad bersalin untuk menstabilkan tekanan darah tinggiku itu, memandangkan usia kandungan ku baru mencecah 33 minggu. Pada hari terakhir aku di wad ini setelah tekanan darah tinggiku stabil, yang mana pada petang 15hb sepatutnya aku dicaj keluar,tiba- tiba aku mengalami kesakitan di kepala yang amat sangat semasa berada di bilik air untuk qadar. Aku terpaksa berpegang untuk keluar dari situ untuk ke katil. Kebetulan pula waktu itu sekumpulan doktor bersama Profnya hadir untuk melawat. Melihat keadaanku sedemikian rupa, aku terus dikejarkan ke labour room untuk bersalin paksa tetapi kena tunggu tekanan di bawah 150. Memandangkan tekanan darahku tidak turun setelah diberi suntikan untuk turunkan tekanan itu, aku diminta untuk menyain dokumen melakukan pembedahan. Rela tak rela, memandangkan sakit yang berterusan dan keselamatan bayi dalam kandungan, aku menyain dokumen jugalah. Kata doktor nak ikat sekali, aku terperanjat dan merasa menyesal pula menyain dokumen tersebut sebab bila dah ikat, mananya aku tak boleh ada anak lagi. Aku bertanya doktor "Suami saya dah tahu ke?" Katanya "Sudah, dia dah sain dulu membenarkan". Ya ke... selalunya payah suamiku nak membenarkan, sejak dari anak ketiga lagi doktor suruh ikat tapi dia tak bagi. Dalam percaya tak percaya aku redha menerima ketentuanNya.  Aku menjalani proses pembedahan yang agak rumit juga, mula-mula dibius separuh, aku terasa perutku dibelah dan bayiku dikeluarkan. Hari Khamis 15 Mei 2008 bersamaan 9 Jamadilawal 1429 pukul 5.56pm. Bila bayiku dikeluarkan, kata mereka anakku tu lelaki, alhamdulillah memang penutuplah tu mengikut petua orang tua. Apabila bayi telah dikeluarkan aku dibius penuh sebab rupanya ada ada sis lagi sekali disamping untuk ikat tu. Patutlah aku mengalami kesakitan yang lain dari 4x mengandung sebelum ini, rupanya ada sis. Dalam keadaan tidak sedar itu, aku seperti habis nyawa, pemandangan aku dah kosong seperti berada di dunia lain. Aku tidak tahu berapa lama peristiwa itu berlaku, yang aku tahu, aku sempat berdoa kepada  Allah "Kalau aku dipanjangkan umur untuk memelihara anak-anakku lagi terutama yang kecil ini, aku bersyukur. Kalau tidak, aku redha dia mengambil nyawaku ketika itu, semoga anak-anakku mendapat penjaga yang baik" Setelah mengucap dua kalimah syahadah, perkara di atas berlaku. Aku tidak tahu berapa lama aku berada keadaan coma tu, sedar-sedar aku berada di bilik ICU dan ramai saudara maraku dan suami datang siling berganti (Mengikut kata suami, dokror kata aku berada dalam situasi 50/50, doktor dah suruh panggil saudara mara datang. Patutlah ramai). Bila dah sedar dan keadaan aku kembali stabil, yang aku teringat bayiku, aku meminta suamiku membawaku berjumpa dengannya. Kesian bayiku terlalu kecil, dengan berat semasa lahir 1.354kg. Bolehkah dia survey untuk hidup, alhamdullah berkat susu ibu yang aku perah, bayiku bertambah berat hari demi hari. Sewaktu beratnya mencecah 1.7kg, dia dikeluarkan dari inkubator dan ditempatkan di wad P4 untuk berlatih menyusu badan. Lebih kurang lapan hari di wad P4 dan berat mencecah 1.8kg, berat dibenarkan dicaj keluar bagi bayi pramatang, tiba-tiba kejadian yang mendebarkan berlaku. Anakku tersedak susu yang diminumnya, tersekat di kerongkong, berhenti pernafasan 3 minit, biru keseluruhan badan dan terpaksa menggunakan kaedah CPR. Setelah pernafasan pulih semula, bayiku dikejarkan ke wad P1 ICU. Kata doktor oksigen tak sampai ke otak, yang boleh menyebabkan terencat akal.Selama sebulan jugalah anakku di wad ICU, dalam waktu yang sama pesakit yang meninggal di wad ini silih berganti. Melihat keadaan ini, aku tidak putus-putus berdoa dan melakukan solat hajat agar bayiku dipanjangkan umur. Manakan tidak, dalam wad ni, bayiku sering berhenti pernafasan. Aku tak tahu cara apa yang patut aku lakukan. Akhirnya aku mengambil keputusan mengajar zikir Subhanaalah, alhamdullillah,lailahhailallh dan allah hu akbar dan mengucapkan dua kalimah sahadah kepada anak kecilku. Kuasa Allah, anakku boleh mengikut. Bila dia berzikir dia naikkan 4 jari. Bila syahadah, dia naikkan 2 jari. Akhirnya anakku dikeluarkan dari wad ICU ni dan ditempatkan di wad P2. Anakku masih ditempatkan di wad P2 untuk belajar menyusu semula kerana buat masa itu, dia masih menggunakan tiub untuk minum yang disalurkan melalui hidung. Hampir 3 minggu di sini, anakku masih tidak dapat menyusu secara normal melalui mulut, dia terpaksa dicaj keluar memandangkan kekosongan katil di wad yang terhad, tambahan pula cuti bersalin tanpa gaji dan cuti tahunku telah habis digunakan. Semasa pulang ke rumah, aku suami isteri usaha memberi minum melalui tiub dan mulut juga. Anakku masih tidak dapat minum melalui mulut. Pelbagai usaha kami lakukan, akhirnya suamiku mengambil inisiatif membancuh susu akan diberikan melalui tiub itu dengan air yasin, diselang seli air bacaan 30 jus. Kami juga memberi anakku ini menghisap syering(picagari untuk makan ubat itu) dengan memberi jus jenama Tok Guru. Alhamdulillah usaha kami berkesan, anakku dapat menyusu secara normal ketika berumur 5 bulan. Aku ingatkan penderitaan berakhir di sini, rupanya Allah masih sayangkan anak ini. Dia kerap dimasukkan ke wad di PPUM dan SALAM akibat pneummonia, cirit birit dan macam-macam lagilah. Kata doktor pakar bayi pramatang, kesan akibat bayi pramatang ini akan berakhir, insyaAllah usia mereka 5 tahun.  Anakku semoga kamu kuat menghadapi ujian Allah terhadapmu. Amin.

RUMAHKU SYURGAKU, BAITI JAINATI, HOME SWEET HOME

RUMAHKU SYURGAKU, BAITI JAINATI, HOME SWEET HOME

October 13, 2012 at 9:19pm
Apapun namanya, rumah tempat kita berlindung dan syurga yang menjadi idaman setiap orang perlu wujud dalam intitusi keluarga supaya masyarakat mukmin yang berlandaskan syariat diujudkan. Pemulaan sesebuah institusi keluarga apabila sahnya akad nikah seseorang itu. Di sini saya cuba kupaskan rahsia di sebalik segala amalan yang menjadikan kelaziman segelintir kita.

SOLAT JEMAAH SUAMI ISTERI SEBAIK SAJA AKAD NIKAH
Supaya kekal menjadi imam dalam rumahtangga. Pahala setiap anak adam yang berkahwin digandakan amalannya, terhindarnya perkara yang boleh mendekati maksiat. imam bukan sekadar solat saja, yang lebih penting menjadi imam dalam semua hal dalam rumahtangga yang dibentuknya.

CIUMAN DI DAHI DAN KIRI KANAN PIPI
Perkara ini jarang sekali dilihat oleh orang Melayu tetapi menjadi kelaziman di Eropah dan Timur Tengah. Perkara bercium ini mempunyai rahsia tersendiri, hasil pemerhatian dan dipraktikkan sejak mengeahui rahsianya. Rahsia di sebalik ciuman ialah di DAHI - ciuman restu, PIPI KANAN - ciuman kasih, PIPI KIRI - ciuman sayang, MULUT - ciuman berahi dan akhir sekali di BELAKANG TANGAN - ciuman hormat.
- Disarankan setiap pemuda pemudi yang berhasrat untuk berkahwin ikuti ilmu keibubapaan, supaya rumahtangga yang terbentuk boleh dijadikan syurga bagi keluarga tersebut.

PELUKAN ANTARA SUAMI ISTERI DAN SEMUA AHLI KELUARGA YANG MENJADI MUHRIM
- Pelukan yang disarankan oleh kebanyakan pakar motivasi ialah sebanyak tujuh kali, iaitu sebaik saja bangun dari tidur, setiap kali selepas menunaikan solat fadhu sebanyak kali dan akhir sekali sebelum tidur.
- Pelukan untuk anak-anak dan ahli keluarga yang lain, dipanjangkan juga kepada sekalian yang menjadi saudara seislam kita. Ianya dicadangkan setiap kali bertemu dan berpisah supaya aura nur kasih Illahi meresap terus ke jiwa yang bersentuhan tadi.
- Pelukan-pelukan ini juga dapat menenangkan jiwa yang sedang bergelora, fikiran yang bercelaru dan kestabilan hormon untuk keceriaan hari yang dilalui, mahupun akan dilalui.
- Aura pelukan ini terlalu kuat, tolong jangan lakukan jika anda bukan muhrim kerana kesannya amat buruk sekali.

MELAKUKAN SEGALA AKTIVITI SECARA JEMAAH
- Solat berjemaah digandakan pahalanya dua puluh tujuh kali.
- Tazkirah selepas solat fadhu, baik untuk makanan rohani dan ingat mengingati.
- Tadarus Al-Quran, dapat membentukkan bacaan menjadi yang terbaik.
- Makan dan minum, kalau dapat makan sepinggan/sedulang, minum segelas lagi baik. Dalam pemerhatian dan amalan saya, sesiapa yang melakukan perkara ini ikatan kekeluargaannya amat kuat dan sukar untuk dipisahkan. Peselisihan pendapat memang ada tapi tidaklah sampai berpecah belah, bercerai berai.
- Beriadah bersama, ini dapat membuat mengenal kawan kepada setiap ahli keluarganya, maka berrambah ramailah saudara kita.
- Mandi bersama (suami isteri, sesama lelaki dan sesama perempuan), air mandian yang mengalir di dalam satu kolah (kolam), pancuran air merupakan air pengasih yang terbaik disamping membaca selawat dan mengingati Allah di awalnya. Tak perlulah pergi ke bomoh mengarut lagi ya.
- Tidur berjemaah, tak merasa takut dan keselamatan jika ada musibah yang menimpa. Lebih penting tahu menghargai betapa susahnya jika tidak ada tempat tinggal dan apabila berada di Padang Masyhar nanti.

WUJUDKAN BILIK PERADUAN SEPERTI BILIK PENGANTIN

Indahnya bilik peraduan seperti bilik pengantin, dengan wangi-wangian yang menusuk kalbu. Bilik yang dihias indah, bidadara (suami) dan bidadari (isteri), maka akan berlakulah keinginan sesama suami isteri tersebut, yang seterusnya insyaAllah dikurniakan zuriat yang soleh/solehah.

PENDIDIKAN MELALUI TIGA PERINGKAT

- Tujuh tahun pertama, dibelai dan ditunjukajar.
- Tujuh tahun kedua, didisiplinkan mengikut peraturan
- Tujuh tahun ketiga, menjadi kawan pendamping suka duka

MENYEDIA DAN MENCARIKAN JODOH
Anak lelaki disediakan penampilan dan sahsiah diri untuk menjadi imam dalam keluarganya
- Anak perempuan disediakan ilmu mengikat hati suami dan urusan kebiasaan seorang suri.
- Menantu sebaiknya didahului yang beragama baru diikuti yang lain kerana insyaAllah jika ada didikan agama dapat membataskan antara yang baik dan buruk.
 Ujilah bakal menantu anda sebelum menerimanya, walaupun dia sanggup membayar mas kahwin dan hantaran berpuluh ribu ringgit, ini kerana dikhuatiri hanya lakonan semata-mata dan hidup anak kita sengsara jua akhirnya. Kekayaan, kecantikan dan keturunan bukan boleh dijadikan sandaran untuk kebahagiaan, seterusnya mewujudkan RUMAHKU SYURGAKU, BAITI JAINATI, HOME SWEET HOME. InsyaAllah.

Jumaat, 9 Januari 2015

TIP MERANCANG - TAHAP KECEMERLANGAN

TAHAP KECEMERLANG

            “Rina itu sudah tiga  tahun berturut dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang”

            “Sarah itu pula, baru masuk kerja, tiada pengesahan lagi, sudah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang”

            “Kita ini sudah bertahun kerja, sampai hendak pencen, satu perhargaan pun tidak pernah dapat”

Rungutan dari Salmah dan Norita membuatkan aku senyum sendiri. Rasa tidak puashati sesetengah perjawat awam setiap kali penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang saban tahun diumumkan. 

Aku teringat kata-kata motivasi seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan, semasa aku mula berkhidmat sebagai perjawat awam. Kata-kata yang menjadi peganganaku hingga kini ialah;

“Buku Perintah Am  atau General Order mesti dijadikan panduan sepanjang menjawat mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam. Paling kurang tamatkan bacaan buku ini dua tahun sekali” sambil menunjukkan buku setebal melebihi tiga centimeter itu.

Mulanya aku tidak faham kenapa kakak sarjan menyarankan begitu..Setelah sentiasa mengamalkan pembacaan buku “Perintah Am” sepanjang perkhidmatan, barulah aku sedar kelebihannya

.Mulalah aku merangka bagaimana untuk mencapai ketahap yang lebih tinggi, walaupun aku bermula dari bawah. Caranya aku mengira umur aku menjawat jawatan di perkhidmatan awam dan sehingga anggaran umur bersara yang aku kehendaki.

.Aku tolak umur anggaran bersara dengan umur mula berkhidmat. Jumlah umur yang didapati dibahagikan dengan beberapa tingkat pangkat yang ada.

Aku memasuki perkhidmatan awam ketika berumur 21 tahun 9 bulan, aku bercadang untuk bersara pilihan setelah genap 25 tahun perkhidmatan, seperti yang diwajibkan kepada semua perjawat awam lantikan di bawah tahun 1992. 

Semasa tahun aku dilantik dalam perkhidmatan awam, kumpulan perkhidmatan ada empat saja iaitu;-

Kumpulan D – N1 – N11 iaitu Pembantu Am Rendah hingga Jurutaip.

Kumpulan C – N13 – N17 iaitu Pembantu Tadbir Rendah hingga Pembantu Tadbir.

Kumpulan B – N22 – N32  iaitu Pembantu Tadbir Kanan hingga Penolong Pegawai Tadbir Kanan.

Kumpulan A – N36 hingga N48 iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi hingga Pegawai Tadbir Diplomatik.

Aku hanya berhajat untuk sampai ketahap Kumpulan B sahaja iaitu sebagai Penolong Pegawai Tadbir atau paling kurang sama dengan ayahku iaitu sebagai Ketua Kerani sebelum beliau pencen wajib 55 tahun.  

Jadi mengikut kiraanku dari umur 21 tahun 9 bulan, jikalau 25 tahun perkhidmatan, ini bermakna aku boleh bersara pilihan pada usia 46 tahun 9 bulan. 25 bahagi dengan empat kumpulan di atas, setiap satu kumpulan aku perlu usaha untuk kenaikan pangkat antara enam hingga tujuh tahun.

Aku memegang jawatan Jurutaip Polis Diraja Malaysia Cawangan Narkotik Bukit Aman dari bulan Januari 1989 hingga Julai 1995.(Enam tahun).

 Aku memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) mulai Julai 1995 hingga Oktober 2009 di Mahkamah Sivil Wilayah Persekutuan dan Shah Alam.

 Aku memegang jawatan Pembantu Tadbir (P/O) KUP N22 mulai Julai 2009 hingga pencen pilihan pada Oktober 2014 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor. 

 Aku telah lulus kesemua ujian untuk kenaikan pangkat iaitu ujian KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) sebanyak dua kali.  Satu semasa dari Jurutaip ke Pembantu Tadbir pada tahun 1992 dan satu lagi untuk naik pangkat dari Pembantu Tadbir ke Penolong Pegawai Tadbir pada tahun  2007.

Oleh kerana perjawatan Penolong Pegawai Tadbir agak terhad dalam Perkhidmatan Awam, aku redha setakat menjawat Pembantu Tadbir (P/O) KUP N22. Aku berpendapat tahap kecemerlangan seseorang itu, apabila kita dapat menunaikan atau mencapai sasaran matlamat dalam sesuatu pekerjaan. 

Memandangkan aku berniat dari awal menjawat perkhidmatan untuk paling kurang jawatan sama dengan ayahku, itulah yang aku dapat, cuma yang lebih sedikit dari ayahku ialah aku telah lulus KPSL N27, jikalau  berpeluang boleh menjawat  jawatan Penolong Pegawai Tadbir.N27.

Aku menyeru kepada semua pekerja makan gaji sama ada di Sektor Awam atau Swasta, buat satu garis panduan atau sasaran matlamat dalam perjawatan anda, supaya dengan garis panduan ini kita berusaha untuk mencapainya seberapa daya yang boleh. Semangat berusaha perlu ada bagi semua pekerja. Tahap Kecemerlang kita, kita ukur sendiri dan ianya lebih bermakna dan mendapat kepuasan hakiki.



CERPEN NHE (Ebook) 2

 SINOPSIS

Cerpen KEJAYAAN YANG TIDAK DISANGKA mengisahkan tiga orang sahabat Azini, Fahzana dan Fahzara pelajar cerdik di sekolah tetapi agak nakal.  Kenakalan mereka membuatkan mereka popular di sekolah kerana hasil ciptaan mereka berjaya dalam perrandingan mencipta alatan sains untuk keguanaan harian, yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

SINOPSIS


Cerpen  Erti  Persahabatan ini mengisahkan  dua orang sahabat karib, menempuh alam persekolahan dengan suka duka dalam kehidupan mereka. Saling bantu membantu berserta tiga orang lagi sahabat mereka.  Susah senang mereka berlima tetap bersama sehingga alam remaja, ada antara mereka terlibat dengan cinta di bangku sekolah.;  Konflik kecewa dalam peperiksaan dan merasa diri dipinggirkan, persahabatan dua sahabat karib ini mulai renggang.  Mujurlah kebijaksanaan dapat mengatasinya.

CERPEN NHE (Ebook)



SINOPSIS
Kisah seorang gadis terperangkap dengan cinta seorang jejaka, yang akhirnya menjadi Mangsa Cinta yang memusnahkan masa depan gadis tersebut.
Aku tidak segera menjawab pertanyaan Cik Rohaini kerana aku lihat Firdaus dan dua lelaki lain berada di situ.  Mereka merenungku dengan pandangan yang sungguh ganjil.  Aku melihat silih berganti kepada Firdaus, dua lelaki itu dan kemudian Cik Rohaini dengan wajah yang cemas.

“Jangan takut Cik Roszaty, mereka Cuma jurukamera dan pegawai iklan kami saja.  Lagi pun bukan ke Firdaus ada…”


SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan seorang gadis bernama Nur Hidayah menyukai seorang jejaka di zaman sekolahnya.  Kemesraan persahabatan mereka tidak disedari oleh sesiapa antara teman sekolah mereka.  Seorang sahaja sahabat karib Nur Hidayah, Idayu menyedari persahabatan Nur Hidayah dengan Muhammad Faiz, bukan seperti sahabat biasa, ada hubungan yang istimewa,  Nur Hidayah bertemu kembali setelah Muhammad Faiz bertugas sama dengannya.  Adakah itu cinta antara mereka? 
SINOPSIS
Cerpen Kesedaran, mengisahkan cerita seorang gadis, anak orang kaya yang terlibat dalam gejala social.  Kejadian aib yang hampir berlaku ke atas dirinya, membuatkan dia mula sedar dan kembali menjalani kehidupan seperti muslimah sejati.


SINOPSIS
Cerpen Dendam ini mengisahkan seorang pelajar perempuan, yang selalu tidak hadir ke sekolah akibat mengidap sakit lelah. Aku (Nor) berusaha untuk mengejar pelajaran yang ketinggalan semasa tidak hadir ke sekolah.  Nor berusaha keras mengejar saingannya iaitu pelajar lelaki popular di kelas yang sering mendapat tempat pertama.  Walaupun Nor dapat memperbaiki keputusan peperiksaan akhir tahunnya, namun pelajar lelaki itu, masih tetap mendahuluinya. Pelajar lelaki itu telah bekerjasama dengan seorang pelajar perempuan untuk mengalahkan dia dalam pelajaran.  Sedangkan sebelum kedatangan pelajar perempuan ini, dia dan pelajar lelaki itu antara pelajar terbaik di sekolah mereka.  Dendam Nor bermula kerana kejayaan pelajar lelaki dan teman wanitanya yang baru, menjadi pelajar terbaik sekolah memang menjadi idaman setiap pelajar di sekolah Nor.