INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Jumaat, 22 Mac 2013

RAHSIA SEBUAH CIUMAN

Rasa saya, semua orang merasa gembira bila dicium dengan seseorang yang dikasihi lagi disayangi. Anda perlu berhati-hati dengan ciuman sebenarnya, ada yang membawa mebaikan dan ada juga membawa padah. Saya ingin menguraikan maksud sesuatu ciuman itu pada pengamatan saya. Ikuti dengan teliti ya.
1. Ciuman di dahi merupakan sebagai restu dari seseorang, selalu dilakukan orang yang lebih tua dari kita. Ibubapa seharusnya melakukan ini terutama apabila anak-anak akan berpisah dengan untuk belajar atau bekerja. Adanya restu dari ibubapa ini, membuatkan anak mudah menerima pelajaran yang diajar atau bekerja dengan penuh semangat sehingga berjaya dalam apa bidang yang diceburinya.
2. Ciuman di pipi kanan tanda kasih
3. Ciuman di pipi kiri tanda sayang.
4. Ciuman di tangan tanda hormat dan akhir sekali,
5. Ciuman di mulut tanda berahi. Ciuman yang bahaya ialah yang ini sebab boleh terjebak dengan maksiat. Malangnya remaja sekarang berlumba-lumba untuk mendapat ciuman pertama yang ini dan merasa bangga jika memperolehinya. Mengikut kajian saya yang sudah berumahtangga ini, apabila dicium suami di bahagian mulut ini, rasa ghairah untuk bersama menyelinap ke seluruh badan. Beginilah rasa remaja yang amat suka bercium di mulut yang mendatangkan ghairah sehjngga sanggup membuat maksiat.
Harapan saya kepada pembaca sekalian, agar berhati-hati memberi dan diberi ciuman. Berilah ciuman kepada yang berhak saja supaya ianya membawa manfaat bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan