INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Jumaat, 6 Mac 2015

AMALAN YANG DITUNTUT

Apabila kita sentiasa mengamalkan hadis Rasullulah (selawat ke atasnya), diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a.“Tidak berkurang harta dengan bersedekah. Seseorang yang sentiasa memohon keampunan Allah akan ditambah kemuliaan keatasnya. Seseorang yang merendah diri untuk mengharap keredaan Allah akan diangkatkan darjatnya.”
Insya-Allah hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Ganjaran mengamalkan sedekah antaranya , mendapat keberkatan harta dan diperluaskan-Nya rezeki.

Keberkatan harta dan rezeki yang diperluaskan, menjadikan kita seorang yang sentiasa tenang untuk mengamalkan ibadat yang dituntut lainnya. Menjadikan kita insan yang lebih bertakwa kepada-Nya.
Semakin banyak kita bersedekah, semakin bertambah rezeki yang diperolehi . Sumber rezeki yang tidak disangka-sangka. Seorang kontraktor mendapat projek berjumlah jutaan ringgit, dengan hanya menyedekahkan keseluruhan wang simpanan yang ada untuk membina masjid.

Sentiasa memohon kemaafan dari insan dan keampunan daripada-Nya, kita tidak tahu kesalahan yang mana merupakan laluan untuk mendapat syurga-Nya. Memaafkan kesalahan insan yang menjadi musuh kita adalah lebih mulia daripada terus menyimpan dendam.

Semakin kita mendapat kejayaan dan kekayaan di dunia, semakin merendah diri kita kepada insan. Sifat merendah diri akan lebih dihormati dan dimuliakan oleh insan, di samping mendapat keredaan-Nya.
Contoh menjadi ikutan sifat merendah diri ini ialah Rasulullah (selawat ke atasnya) sendiri. Baginda dihormati dan dimuliakan oleh umatnya.

Isnin, 2 Mac 2015

KEJUTAN SAMBUTAN HARILAHIR MASTURINA

"Ummi... bunga dan payung ini siapa punya"
"Ummi punya, jangan usik. Biar di situ"
"Makanan yang Ummi beli ini semua untuk apa"
"Ummi beli sebab tidak sempat masak. Pagi tadi Ummi uruskan Angah untuk rawatan kakinya. Sampai rumah nanti, Masturina tolong hidangkan ya"
"Okay..."
Sebaik sahaja sampai rumah, lihat Along Muhammad Asyhif tengah susun pinggan, mug dan air atas meja.
"Along... semua ini untuk siapa? Macam ada jamuan je"
"Untuk Along sebab keluar hospital"
Setelah semuanya siap dihidang. Minta Masturina pegang pisau.
"Selamat hari lahir Masturina"
Semua cakap serentak. Peluk dan cium Masturina.
"Masturina ini hadiah untuk Ummi paling besar"
"Kenapa Ummi, kakak tidak faham"
"Masturina lahir, ulangtahun Ummi dan Ayah yang ke sebelas"
"Emmmm"
Masturina lahir tanggal 1 Mac 2007 00. 56am.
Lapan tahun yang lalu, Masturina dilahirkan.  Sepatutnya Masturina dijangka lahir pada 17 Februari 2007 tetapi dia tidak mahu melihat dunia lagi.  Akhirnya Masturina lahir genap ulangtahun perkahwinan Ummi dan Ayahnya yang ke-11.  Sungguh bertuah dan comelnya hadiah perkahwinan kami ini.

MUHAMMAD ASYRIF DAN ALAHAN BAHAN GETAH

Hidup ini penuh dengan cabaran
Cabaran mematangkan kita
1.00am 1 Mac 2015
(Dalam bas - perjalanan balik ke Kelantan)
"Ummi..., Angah ingat tidak mahu ke sekolah esok"
"Kenapa Angah?"
"Kaki Angah ini makin teruk, luka di tapak kaki ini menanah balik. Angah hendak jalan pun susah"
"Angah cuba cuci, sapu ubat yang ada di rumah. Kalau pukul 7.00am masil tidak baik, Ummi bawa Angah ke hospital"
Angah Muhammad Asyrif sudah disahkan oleh doktor pakar dermatologi. alahan pada semua bahan dibuat dari getah. Pelajar sekolah diwajibkan memakai kasut, sebahagiannya dibuat dari getah. Kejadian dirujuk doktor pakar dermatologi hospital Kuala Lumpur itu berkenaan tapak kaki Angah yang mengelupas, berair dan bernanah, hingga susah berjalan.
Ujian makmal dibuat pada tahun 2009 dan hasilnya Angah alergi kepada getah. Ujian kali kedua dari projek mengenal alahan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2012, memberi jawapan yang sama.
Sebaik sahaja tiba di rumah jam 5.30am. Kejutkan anak-anak untuk ke sekolah dan hampir Subuh.
"Angah, beri Ummi lihat kaki Angah"
"Semua kawasan ini sakit, hendak pijak pun tidak boleh'
"Selepas Ummi urus adik-adik ke sekolah, Ummi bawa Angah ke hospital Tumpat. Angah mandi dan bersiap. Kena ambil surat pengesahan sekolah Angah dahulu"
Selepas hantar anak-anak ke sekolah SK Wakaf Bharu. Sarapan dengan minuman kafien dan tiga keping biskut. Pergi ke sekolah Angah SMU (A) Tarbiyah Islamiyah.
"Puan hendak jumpa siapa dan anak ini kenapa?"
"Hendak ke pejabat untuk surat pengesahan sekolah. Kaki dia alahan"
"Alahan apa? Kenapa tidak beritahu?. Pihak sekolah boleh pertimbangkan pengecualian jika perlu"
"Alahan bahan dari getah. Pakai kasut sekolah jadi begini. Sekolah lama dia pakai selipar"
"Kalau begitu, puan ke pejabat dan beritahu pada mudir"
Menurut Angah, guru itu adalah GPK (1) sekolah. Surat pengesahan ditandatangani oleh mudir, setelah dicerita keadaan kaki Angah itu. Mudir memberi kebenaran Angah menggunakan selipar selipar sehingga kaki Angah pulih sepenuhnya. Bila pulih, mudir memberi kebenaran menggunakan kasut dari kulit.
"Lain kali Muhammad Asyrif, beritahu cikgu jika awak ada apa-apa alahan.  Sudah teruk macam ini, awak juga yang susah.  Puan ambil surat pengesahan itu, sudah siap ditandatangani"
"Terima kasih cikgu"
 Dari sekolah terus ke hospital Tumpat untuk menerima rawatan. Tunggu Ayah Muhammad Asyrif hantar gambar slip ambil ubat tahun 2009. Memohon doktor yang merawat untuk membekalkan ubat sama rujuka doktor pakar dermatologi hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, doktor beri kerjasama dan ubat yang sama ada bekalan.

SIAPA YANG SALAH

Rentetan peristiwa pagi 24 Februari 2015.
"Along, hendak pergi sekolah ke tidak"
Malam tadi Muhammad Asyhif tidak mahu ke sekolah. Dia kurang sihat sebab diserang asthma.
"Pergi... Abang dah pakai baju ini".
Seperti biasa hantar angah Muhammad Asyrif ke sekolah SMU (A) Tarbiah Islamiyah, Chabang Empat, Tumpat. Setelah hantar angah, hantar tiga orang anak lagi ke SK Wakaf Bharu.
Semasa melalui depan taman perumahan kami Taman Kasturi, jalan sesak.
"Rina ada kemalangan agaknya. Tidak pernah sesak kawasan ini"
Melintasi kawasan kejadian, nampak motor sudah di tepi jalan kedua - dua arah. Serpihan motor bertaburan di jalan.
"Sarah motor along ke tu"
"Tidak motor orang lain"
Setelah hantar mereka ke sekolah. Semasa perjalanan balik ke rumah, singgah tempat kejadian.
Sebuah motor itu serupa benar dengan motor along. Jantung mula berdebar. Lihat no. plat dan bungkusan plastik di motor. Sah motor along.
Melihat kiri kanan, mencari orang yang melihat kejadian. Masing-masing tidak tahu. Cadangan staf TNB Wakaf Bharu pejabat di taman perumahan kami.
"Ma.. (emak) cuba gi klinik Wakaf Bharu. Sekala hantar dat nu jika ada accident"
Ikut saranan, pergi ke klinik Wakaf Bharu, bahagian kecemasan. Muhammad Asyhif sudah mendapat rawatan awal dan sedar. Sebelahnya penunggang motor yang terlibat.
Menurut cerita darinya setelah ditanya Pegawai Perubatan. Dia dari Wakaf Bharu menghala ke Chabang Tiga rumahnya, setelah habis kerja menjual pakaian di Wakaf Che Yeh. Dia singgah makan di gerai sebelum tempat kejadian. Along Asyhif melintas jalan, dia sudah slow tapi tidak sempat brek. Bertembung. Pelanggaran berlaku.
Bila disoal oleh pegawai itu selanjutnya. Maklumat ini diperolehi.
1. Baru hendak pakai topi keledar semasa atas motor yang sedang berjalan.
2. Memakai selipar. Koyak di buku lali terkeluar isi dan luka di kaki, kepala.
3. Tiada memegang apa- apa lesen memandu.
4. Motor dalam ansuran dan geran dipegang oleh kedai. Roadtax tiada sebab pembeli pun tiada lesen.
Menurut Muhammad Asyhif setelah ingat kejadian berlaku.
1. Sudah melihat kedua - dua arah sebelum melintas.
2. Dari arah Wakaf Bharu tiada lampu kenderaan (kemungkinan motor tiada lampu). Dari Chabang Empat ada lampu kereta, anggaran sempat untuk melintas jalan selebar tujuh meter (anggaran).
Keadaan along semasa dibawa ke klinik. Lengkap dengan jaket, seragam sekolah pelajar tingkatan enam. Memakai kasut dan topi keledar masih di kepala. Beg, buku sekolah masih di raga motor. Hadapan motor rosak teruk.
Hanya Allah yang tahu kejadian sebenar. Syukur Muhammad Asyhif tidak mengalami kejadian teruk. Cuma sedikit terserpih tulang di pergelangan tangan dan lengan bawah siku.
Iktibar kejadian ikut macam si bongsu cakap.
"Ummi penunggang motor itu tidak pakai topi keledar dengan kemas. Lampu motor tidak dipasang. Memakai selipar dan baju gelap"
Ingat iklan keselamatan penunggang motorsikal di televisyen.

Ramai pengguna jalan raya tidak mempunyai kesedaran, bahawa undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan adalah untuk keselamatan mereka juga.  Bila berlaku kemalangan sering menyalahkan pihak yang berlanggar dengannya.  Sedangkan dia sendiri melakukan pelanggaran undang-undang yang besar.  Ada ke patut, penunggang yang melanggar Muhammad Asyhif meminta gantirugi.  Sedangkan kalau kami panjangkan kes, sudah sah dia kena saman melebihi  RM1,000 kerana pelanggaran undang-undang.