INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Rabu, 13 Mac 2013

SALAM PENGENALAN

Salam perkenalan,

Saya Norazizam binti Zamri menggunakan nama pena Puteri Nur Hidayah. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Selayang Baru, Selangor dan melanjutkan ke Sek. Men. Selayang Baru hingga tamat tingkatan lima pada tahun 1984.

Saya berminat dalam penulisan, berhajat untuk menerbitkan buku-buku  hasil tulisan saya tidak berapa lama lagi. Saya berpengalaman bekerja di PDRM, Mahkamah dan JPJ, dari tiga jabatan yang terlibat dengan undang-undang ini, saya mendapat idea untuk menulis.

 Saya juga pernah bekerja sebagai guru sandaran, operator kilang, kerani merangkap guru menaip dan trengkas, juga pernah menjadi pengasuh. Saya juga ada berniaga beberapa product kesihatan, kraftangan DIY, cenderahati dan minyak Additive (Minyak ajaib perjimatan minyak dan perjagaan kereta motor).

 Suami saya yang pakar dalam engine kata minyak ini elok untuk engine. Pengalaman beliau di bahagian engine di Proton Sdn. Bhd. membuat beliau tahu selok belok engine.

Suami saya juga boleh repair dan setvice kereta bersama sepupu-sepupunya. Saya juga menjual barang perhiasan emas 916 dan 999 secara kecil-kecilan secara kedai mobile.

Siapa yang berhajat boleh berhubung dengan saya di talian 0193422025/0196004005 juga no. suami saya 01111010015.

Masa akan datang pula saya bercadang menjalankan homestay di Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak dengan konsep baru.  Empat negeri ini dipilih kerana suami saya berasal dari Kelantan dan keluarganya ada yang berhijrah ke Pahang.

Manakala saya pula berasal dari Perak, keluarga saya berhijrah ke Selangor. Saya  telah mempunyai rumah di  Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan dan rumah diberi secara hibah, berkongsi dengan adik di Selayang.

Tempat yang strategi untuk pelaburan dalam perkhidmatan homestay. Tapak di Pahang pun ada, cuma di Perak tidak pasti dapat ke tidak sebab tanah pusaka.  Bagaimana pun saya akan cari juga, kalau boleh sekitar Malim Nawar, Air Hitam Labu, Kampar, Perak. Doakan saya berjaya memperolehinya.

Kalau ada sesiapa yang berhajat ke Kelantan dan tiada tempat tinggal, bolehlah hubungi saya. Homestay saya di Kelantan terletak di Wakaf Bharu.

Harga RM150 semalam, sesuai untuk keluarga muslim boleh muat 6 orang selesa dan maksima 15 orang. Keterangan lanjut sila hubungi saya atau suami nombor telefon seperti di atas.

Konsep baru belum dilaksanakan di rumah Kelantan ini, kalau sudah dilaksanakan mungkin berubah sikit harganya tapi masih dalam bajet anda yang mempunyai keluarga melebihi 6 orang. Semoga berjumpa lagi, terima kasih kerana melawat blog saya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan