INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Selasa, 26 Mac 2013

PENGALAMAN MENGAJAR CARA

         Saja hendak kongsi pengalaman cara bagaimana peluang untuk mendapatkan anak, anak lelaki atau anak perempuan. Semasa saya remaja sekitar umur 15 tahun selepas habis menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, kami pelajar diprogram dengan berbagai-bagai aktiviti. Antara program yang menjadi perhatian saya ketika itu ialah tayangan gambar khas untuk pelajar perempuan.
         Filem bentuk dokumentari tu sungguh berkesan jingga ke hari ini, mengesahkan perkembangan anak gadis dari lahir hingga dewasa. Antara lain kandungan isi dokumentari itu ialah setiap wanita dibekalkan 40 juta telur dan setiap kali waktu subur, kilang telur iaitu ovari mengeluarkan 40,000 telur dan sperma lelaki yang masuk  ke rahim hanya 1,000 saja. Kilang telur selalunya mengeluarkan telur dua minggu sebelum kedatangan haid yang berikutnya dalam kes putaran haid normal. Telur-telur ini akan bwrada di rahim sehingga persenyawaan berlaku, jika tiada telur-telur ini akan dibuang semasa kedatangan haid. Kita yang sempat lahir ini, adalah pemenang antara 1,000 sperma tadi yang bertemu dengan satu antara 40,000 yang terbaik juga. Oleh itu hargai diri anda yang bertuah itu.
        Saya bukannya pandai, juga tidak bersekolah tinggi tapi melalui pembacaan saya dapat ilmu banyak. Saya juga suka mengkaji sesuatu fakta yang saya dapat membuktikan ianya adalah benar. Kajian pertama dari fakta perenggan kedua:-
- Jikalau kita datang haid seawal usia 9 tahun dan kahwin seawal 25 tahun kebiasaannya. Telur yang dibazirkan ialah 7,680,000 selama 16 tahun itu. 40,000,000 tolak 7,680,000 jadi 32,320,000 bahagi 40,000 hasilnya tinggal 808 bulan. Bahagi pula 12 bulan dapat hasil 67 tahun, itupun jika bersetubuh sebulan sekali tapi tahan ke nafsu kita. Telur dan sperma akan dikeluarkan setiap kali persetubuhan, jadi kalau selalu bersetubuh pada waktu yang tidak tepat dan bukan waktu subur isteri masing-masing, peluang untuk dapat anak adalah tipis.
Kajian kedua dari fakta di atas juga iaitu:-
- Kita akan merasa sakit sama ada di ovari sebelah kanan atau kiri. Oleh itu usahalah sebaik mungkin bersetubuh pada malam itu kerana peluang untuk dapat anak adalah tinggi. Untuk anak lelaki jika sakit di sebelah kanan, manakala anak perempuan di sebelah kiri. Selepas bersetubuh, isteri mesti tinggikan punggung dalam 45 darjah selama 10 minit/mengering ke sebelah yang sakit itu selama 30 minit. Lepas itu baru boleh alih arah.

SELAMAT MENCUBA PETUA SAYA INI, SAYA SUDAH MEMPRATIKKAN DAN BEBERAPA RAKAN YANG INGIN MENCUBA, HASILNYA BOLEH SET BERAPA ANAK YANG KITA HENDAK DENGAN IZIN ALLAH JUA DWNGAN KEKUASAANNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan