INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Rabu, 12 Jun 2013

KELUARGA ATAU KERJAYA

JANUARI 2014 

       Bulan ini genaplah 25 tahun perkhidmatan saya dalam perkhidmatan awam. Dalam pemikiran ini cadangnya untuk  bersara  pilihan untuk menumpukan perhatian pada anak-anak, berniaga sepenuh masa dan menulis mencurahkan idea yang ada. Anak-anak yang dua peringkat tumbesaran iaitu remaja dan kanak-kanak memerlukan pembelanjaan yang bukan sedikit juga diperlukan untuk kos tersebut. Jika difikirkan pula masa bersama mereka semakin kurang untuk perkembangan rohaniah mereka, yang rata-ratanya mudah terpengaruh dengan budaya sekitar, rasanya jalan terbaik adalah bersara awal. Harta iaitu anak-anak adalah lebih utama untuk menjamin kesejahteraan kita di akhirat sana. Setinggi mana jawatan yang disandang jika siasah diri anak-anak tidak terbela, tidak kemana juga hakikatnya kerana mereka akan memberontak untuk mendapatkan perhatian kita. Semoga mendapat petunjuk jalan terbaik untuk membuat pilihan awal tahun hadapan.