INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Ahad, 13 September 2015

PUKAU

Hari itu menghadiri peperiksaan KPSL (N27) di sebuah hotel sekitar Chow Kit.  Keadaan yang tidak berapa sihat kerana baru pulih dari lelah,  Semasa menjawab soalan peperiksaan pun dalam keadaan tidak selesa dan sukar menjawab.soalan.

Perjalanan pulang ke rumah kami di Klang, terasa lama dan sukar.  Naik turun bas, dalam keadaan tidak berapa sihat amat menyeksakan.  Dalam hati mula mengomel memarahi suai yang tidak mahu hantar dan ambil dari pusat peperiksaan.

Alasannya munasabah kerana dia sendiri kena kerja dan mencari nafkah.  Biasalah sebagai isteri yang manja, alasan itu seperti tidak boleh diterima.  Tambahan anak kecil kami yang baru berusaha tiga bulan terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh.

Keadaan fikiran  yang berkecamuk itu, saya ditegur oleh seorang pemuda di Hentian Bas Klang Kuala Lumpur.  Wajahnya boleh tahan.  Kami berbual-bual sekadar menceriakan ruangan waktu sepanjang perjalanan ke Klang.

Semasa sampai di Klang, pemuda itu mengajak singgah minum di restoran makanan segera berhampiran.  Saya semacam orang bingung, menurut sahaja.  Selepas saya ke singki membasuh tangan, saya duduk semula menikmati hidangan bersama pemuda tersebut.

Pemuda itu meminta saya menyerahkan gelang emas yang saya pakai, katanya hendak tengok.  Saya tanpa berfikiran panjang memberi kepadanya.  Selepas makan beliau mengajak saya menaiki teksi dan mengajak ke kedai emas kawannya untuk menukar gelang saya dengan yang baru.  Saya bersetuju sahaja tanpa banyak soal.

Setiba di satu komplek membeli-belah sekitar Subang Jaya, pemuda itu meminta saya menunggu dalam teksi, sementara dia berjumpa kawannya.  Saya menunggu melebihi sejam.  Akhirnya pemandu teksi memberitahu saya, kemungkinan saya kena tipu.  Dia menawarkan untuk menghantar saya ke rumah.

Semasa dalam perjalanan, dia bertanya di mana saya berjumpa pemuda itu dan sudah lama kenal.  Saya berterus terang kepadanya, saya baru sahaja kenal semasa dalam bas dari Kuala Lumpur. Pemandu teksi memberitahu bahawa saya sudah kena pukau kerana dia lihat pemuda itu seperti membaca sesuatu dan menghembuskan ke arah saya melalui asap rokoknya.

Saya tidak tahu.  Ingatkan penghisap rokok biasa semasa berbual dengaannya.  Setelah sampai di rumah dan membayar tambang berganda dari Klang ke Subang, Subang ke rumah.  Apabila suami  kembali dari kerja petang itu, mengenai gelang pemberiannya yang telah hilang.  \

Saya tidak pernah berbohong dengan suami, tetapi perasaan marah dan fikiran bercelaru, saya lupa segala ayat pendinding yang menjadi amalan.  Hari itu saya sudah terkena PUKAU.  Suami pula memarahi saya kerana cuai, suka ikut orang lain sesuka hati, sambil perli cemburu.

Pengajaran dari kisah ini:

1.  Tenang menghadapi setiap kesulitan yang dilalui.
2.  Suami perlu ditaati dan sentiasa bersangka baik kepadanya.
3.  Amalan yang baik jangan ditainggalkan.
4.  Berhati-hati berkenalan dengan orang asing.