INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Selasa, 10 Januari 2017

TIPS MERANCANG - MENCAPAI MATLAMAT KENAIKAN PANGKAT

3 JANUARI 1989

Hari ini mula memasuki perkhidmatan awam.  Sesi taklimat diadakan di Cawangan Pentadbiran dan Perkhidmatan, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Semasa sesi taklimat, diperkenalkan dengan sebuah buku setebal 3 cm.  Menurut Sjn.Wanita itu, buku itu perlu dibaca oleh setiap perjawat awam, sebagai rujukan selagi bergelar perjawat awam.

Meneliti surat tawaran perkhidmatan, terus menetapkan sasaran atau matlamat kerjaya dalam perkhidmatan awam. Umur bersara wajib ketika itu ialah 55 tahun.  Gred pderkhidmatan hanya ada Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D.

Menjawat jawatan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) di Bahagian Soal Siasat, Cawangan Anti Dadah, Bukit Aman iaitu dalam kumpulan D.  Tempoh perkhidmatan dibenarkan sehingga beersara wajib ialah 33 tahun.

Berhajat untuk bersara pilihan dengan syarat berkhidmat 25 tahun, berjawatan tetap dan berpencen atau menjawat jawatan dalam Kumpulan B (sedar belajar tidak setinggi mana).  Rancangan mencapai matlamat, perlu diatur.

Merancang untuk kenaikan pangkat ke Kumpulan C, Kumpulan B dan Kumpulan A mengikut tempoh dibahagi dengan tiga kumpulan ini.  Ini bermakna setiap Kumpulan, hanya dibenarkan berada paling lama 11 tahun.

Perancangan kenaikan daripada Kumpulan D ke Kumpulan C.


  • Lulus ujian kepantasan menaip dengan hadiah dua kenaikan gaji setiap tahap.  Ada dua tahap kepantasan 35 p.s.m dan 45 p.s.m untuk menaip manual, manakala menaip eletronik ialah 60 p.s.m dan 100 ps.m.
  • Mengambil peperiksaan khas, Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke Kumpulan C, setelah disahkan dalam jawatan.  Diperkenalkan pada tahun 1992.
  • Mencuba kedua-dua peperiksaan untuk kenaikan pangkat.  Kemahiran menaip dan mengambil trengkas, tujuan untuk menjawat jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) atau jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Setelah lulus percubaan kali kedua pada tahun 1993 peperiksaan Khas dan kepantasan menaip untuk 45psm manual.  Terus mengisi borang mengisi jawatan untuk Kumpulan C.

Memang rezeki, semasa temuduga hanya ditanya soal peribadi sahaja.  Selang setahun kemudian menerima surat tawaran sebagai calon simpanan.  Syukur.  Ada rezeki, peluang itu masih ada.

Akhirnya pada Julai 1995, dengan rasmi menjawat jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  Melihat latar belakang,  penempatan diberi ialah Perpustakaan Undang-undang Mahkamah Tinggi Sivil dan Perdagangan, Kuala Lumpur.

Menjawat jawatan jurutaip selama 6 tahun 6 bulan.  Tempoh perkhidmatan untuk bersara plihan 25 tahun berkhidmat ialah 25 - 6 tahun 6 bulan = 18 tahun 6 bulan.

Mengambil peperiksaan khas KPSL, juga untuk memasuki Kumpulan 
B melalui jalan sukar.  Kerja perkeranian yang semakin bertambah, komitmen kepada keluarga, untuk lulus kesemua kertas mengambil masa 10 tahun, campur pergesahan setahun.

Masa yang tinggal untuk menjawat jawatan dalam Kumpulan B, sebelum bersara ialah 18 tahun 6 bulan - 11 tahun = 6 tahun 6 bulan.  Dalam tempoh berbaki, berusaha untuk mendapat panggilan temuduga kenaikan pangkat secara KPSL. 

Rezeki masih tidak menyebelahi untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Eksukitif Officer).  Setiap kali temuduga, ada sahaja soalan yang tidak dapat dijawab.  Mujurlah kerajaan memperkenalkan perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) KUP N22.  

Iaitu jawatan yang skop tugas sebagai Ketua Kerani (Chief Clerk).  Lega jugalah hati, dapat juga naik pangkat sebelum bersara pilihan pada 3 Oktober 2014.  

Menjawat jawatan ini selama lima tahun, ia dikira dari kita memegang jawatan pembantu tadbir melebihi 12 tahun atau lulus ujian kecekapan. Kebetulan telah lulus ujian kecekapan dan melebihi tempoh tersebut.

Itu antara cara untuk merancang kenaikan pangkat, selain mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, memiliki Diploma atau Ijazah mengikut pangkat perjawatan.  Cara ini khas untuk pegawai yang sedang berkhidmat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan