INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Sabtu, 30 Mac 2013

MANFAATKAH CUTI ANDA

       Pelajar sekolah akan mula bersekolah pada hari Ahad atau Isnin ini. Kebanyakkan pelajar menghabiskan cuti mereka dengan bermain dan tengok televisyen sahaja. Malang bagi mereka bersikap demikian, mereka sepatutnya cuba menyiapkan kerja sekolah yang guru bagi sebelum cuti sekolah bermula, menghafal surah-surah mahupun membuat sesuatu yang lebih bermanfaat. Antara aktiviti yang bermanfaat selain bermain, mereka boleh belajar daripadanya.  Aktiviti bermain seperti satu keluarga, masak-masak, doktor dan pesakit, guru dan murid, juga pelbagai permainan imaginasi membuatkan anak kita seawal usia tiga tahun lagi membuat daya fikir yang tinggi.
       Kanak-kanak yang selalu berimaginasi akan pandai berfikir dan bercakap dengan petah, soalan yang ditanya dan dijawab adalah bertepatan dengan logik akal, yang kebanyakannya bukan tahap usia mereka. Mereka selalunya mendahului dalam setiap aktiviti di sekolah dan kelas juga merupakan antara pelajar popular dan dikenali hampir keseluruhan pelajar di sekolah. Ahli-ahli profesional sesebuah negara pun kebanyakkannya terdiri dari kanak-kanak berimaginasi semasa kecil.
       Para pelajar sekelian, mjlai saat ini, anda semua peelu mengisi masa cuti sekolah anda dengan lebih bermanfaat. Tingkatkan daya imaginasi anda, kreatif dalam pemikiran, lakar setiap idea, cuba tunaikan setiap idea kreatif yang anda lakarkan tadi sebaik mungkin dan secepat yang boleh.
       INGAT!  MASA TIDAK TUNGGU ANDA DAN PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI DALAM HIDUP ANDA.JANGAN BERTANGGUH MEMBUAT SESUATU YANG ANDA FIKIR MEMBAWA KEBAIKAN DALAM HIDUP ANDA. SEBARANG KRITIKAN JADIKAN PEMANGKIN DALAM SEGALA USAHA ANDA. SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Selasa, 26 Mac 2013

PENGALAMAN MENGAJAR CARA

         Saja hendak kongsi pengalaman cara bagaimana peluang untuk mendapatkan anak, anak lelaki atau anak perempuan. Semasa saya remaja sekitar umur 15 tahun selepas habis menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, kami pelajar diprogram dengan berbagai-bagai aktiviti. Antara program yang menjadi perhatian saya ketika itu ialah tayangan gambar khas untuk pelajar perempuan.
         Filem bentuk dokumentari tu sungguh berkesan jingga ke hari ini, mengesahkan perkembangan anak gadis dari lahir hingga dewasa. Antara lain kandungan isi dokumentari itu ialah setiap wanita dibekalkan 40 juta telur dan setiap kali waktu subur, kilang telur iaitu ovari mengeluarkan 40,000 telur dan sperma lelaki yang masuk  ke rahim hanya 1,000 saja. Kilang telur selalunya mengeluarkan telur dua minggu sebelum kedatangan haid yang berikutnya dalam kes putaran haid normal. Telur-telur ini akan bwrada di rahim sehingga persenyawaan berlaku, jika tiada telur-telur ini akan dibuang semasa kedatangan haid. Kita yang sempat lahir ini, adalah pemenang antara 1,000 sperma tadi yang bertemu dengan satu antara 40,000 yang terbaik juga. Oleh itu hargai diri anda yang bertuah itu.
        Saya bukannya pandai, juga tidak bersekolah tinggi tapi melalui pembacaan saya dapat ilmu banyak. Saya juga suka mengkaji sesuatu fakta yang saya dapat membuktikan ianya adalah benar. Kajian pertama dari fakta perenggan kedua:-
- Jikalau kita datang haid seawal usia 9 tahun dan kahwin seawal 25 tahun kebiasaannya. Telur yang dibazirkan ialah 7,680,000 selama 16 tahun itu. 40,000,000 tolak 7,680,000 jadi 32,320,000 bahagi 40,000 hasilnya tinggal 808 bulan. Bahagi pula 12 bulan dapat hasil 67 tahun, itupun jika bersetubuh sebulan sekali tapi tahan ke nafsu kita. Telur dan sperma akan dikeluarkan setiap kali persetubuhan, jadi kalau selalu bersetubuh pada waktu yang tidak tepat dan bukan waktu subur isteri masing-masing, peluang untuk dapat anak adalah tipis.
Kajian kedua dari fakta di atas juga iaitu:-
- Kita akan merasa sakit sama ada di ovari sebelah kanan atau kiri. Oleh itu usahalah sebaik mungkin bersetubuh pada malam itu kerana peluang untuk dapat anak adalah tinggi. Untuk anak lelaki jika sakit di sebelah kanan, manakala anak perempuan di sebelah kiri. Selepas bersetubuh, isteri mesti tinggikan punggung dalam 45 darjah selama 10 minit/mengering ke sebelah yang sakit itu selama 30 minit. Lepas itu baru boleh alih arah.

SELAMAT MENCUBA PETUA SAYA INI, SAYA SUDAH MEMPRATIKKAN DAN BEBERAPA RAKAN YANG INGIN MENCUBA, HASILNYA BOLEH SET BERAPA ANAK YANG KITA HENDAK DENGAN IZIN ALLAH JUA DWNGAN KEKUASAANNYA.

Sabtu, 23 Mac 2013

CUTI-CUTI ANDA

         Kakitangan perkhidmatan awam dibekalkan dengan CUTI REHAT dikategorikan dalam cuti kerana perkhidmatan. Kebiasaan cuti ini diberi antara 20 ke 30 hari setahun. Sedarkah anda bahawa cuti yang diberi ini mempunyai cuti kelayakan untuk genap satu bulan perkhidmatan antara 11/2 hari ke 21/2 hari. Malangnya ramai antara penjawat awam menganggap cuti 20 ke 30 hari itu hak mutlak mereka, ikut sukalah bila dan bagaimana ianya hendak dihabiskan. Sedarlah bahawa kesan menghabiskan cuti tanpa mengikut kelayakan mengakibatkan rekod perkhidmatan kita di akhir perkhidmatan nanti. Katakan jika cuti dihabiskan kesemuanya sebelum bulan Jun setiap tahun,  tiba-tiba pada bulan November terjadi musibah keatas anda yang memerlukan cuti rehat tadi. Mana anda nak cari cuti lagi?
         Mungkin ada yang berkata ambillah CUTI SAKIT yang dihadkan 90 hari untuk klinik/hospital kerajaan/hospital swasta yang ada doktor pakar dan 15 hari cuti sakitswasta. Memang benar anda boleh menggunakan CUTI SAKIT ini tapi kesannya adalah semasa anda pencen/bersara nanti. Jika CUTI SAKIT ini diambil kesemua untuk 3 tahun berturut-turut, tanpa anda tidak pernah maklumkan sebarang penyakit yang memerlukan rawatan seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan sebagainya. Anda akan diminta untuk diperiksa tahap kesihatan anda oleh Lembaga Perubatan, jika Lembaga Perubatan mengatakan anda memang sihat dan bebas dari penyakit yang saya sebutkan tadi, anda akan dituduh menipu dokumen. Kesannya, duit saguhati yang anda harapkan untuk membuat sesuatu sesudah pencen/bersara tidak diperolehi dalam jumlah yang dijangka atau lebih malang lagi anda mungkin tidak dapat langsung duit tersebut.
         Oleh itu, berhati-hati menggunakan cuti anda dengan sebaik mungkin. Jikalau tidak menghabiskan cuti melayakkan tersebut juga tidak berapa elok sebab ukhuwah anda dengan keluarga dan masyarakat sekitar tidak dijalin dengan sebaiknya. Ada antara kita jiran sebelah rumah pun tidak kenal kerana sibuk bekerja. Kadang-kadang kita sengaja tidak habiskan cuti rehat tadi untuk ganjaran semasa pencen yang agak lumayan jumlahnya. Apa pun terpulanglah kepada anda mengurus cuti anda itu.
Nota: Rujukan Perintah Am Bab C dan Bab F.

Jumaat, 22 Mac 2013

RAHSIA SEBUAH CIUMAN

Rasa saya, semua orang merasa gembira bila dicium dengan seseorang yang dikasihi lagi disayangi. Anda perlu berhati-hati dengan ciuman sebenarnya, ada yang membawa mebaikan dan ada juga membawa padah. Saya ingin menguraikan maksud sesuatu ciuman itu pada pengamatan saya. Ikuti dengan teliti ya.
1. Ciuman di dahi merupakan sebagai restu dari seseorang, selalu dilakukan orang yang lebih tua dari kita. Ibubapa seharusnya melakukan ini terutama apabila anak-anak akan berpisah dengan untuk belajar atau bekerja. Adanya restu dari ibubapa ini, membuatkan anak mudah menerima pelajaran yang diajar atau bekerja dengan penuh semangat sehingga berjaya dalam apa bidang yang diceburinya.
2. Ciuman di pipi kanan tanda kasih
3. Ciuman di pipi kiri tanda sayang.
4. Ciuman di tangan tanda hormat dan akhir sekali,
5. Ciuman di mulut tanda berahi. Ciuman yang bahaya ialah yang ini sebab boleh terjebak dengan maksiat. Malangnya remaja sekarang berlumba-lumba untuk mendapat ciuman pertama yang ini dan merasa bangga jika memperolehinya. Mengikut kajian saya yang sudah berumahtangga ini, apabila dicium suami di bahagian mulut ini, rasa ghairah untuk bersama menyelinap ke seluruh badan. Beginilah rasa remaja yang amat suka bercium di mulut yang mendatangkan ghairah sehjngga sanggup membuat maksiat.
Harapan saya kepada pembaca sekalian, agar berhati-hati memberi dan diberi ciuman. Berilah ciuman kepada yang berhak saja supaya ianya membawa manfaat bersama.

Khamis, 21 Mac 2013

EMAS RAJA KEWANGAN

Emas iaitu logam kuning yang berharga ini, menjadi kegilaan atau lambang kemewahan seseorang itu. Faktor ekonomi pun bergantung berapa banyak simpanan yang dimiliki oleh seseorang itu. Peniaga yang berjaya selalunya mempunyai aset kekal seperti rumah, emas dan perak yang meningkat naik harganya tahun demi tahun.
Kebanyakan peniaga berbangsa cina mempunyai simpanan emas atau rumah untuk menstabilkan ekonomi keluarga jika berlakunya inflasi di negara Malaysia tercinta ini. Jika sesuatu berlaku kepada keluarga dan negara, mereka akan membawa emas dalam jumlah tertentu yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Mereka akan menggunakan emas untuk memulakan perniagaan di negara baru yang mereka berhijrah itu ,walaupun secara kecil-kecilan.
Mereka yang cerdik tahu bahawa kuasa wang sebenar adalah emas, dinar dan dirham. Oleh itu bertukarlah kepada logam emas dan perak dalam deposit kewangan anda. Rebutlah peluang yang ada untuk memilikinya. Anda tidak ada aliran tunai atau aliran tunai, untuk keperluan lain, saya ada caranya untuk memiliki emas barang perhiasan. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut NORAZIZAM BT. ZAMRI 0194583044/0196004005.

Rabu, 20 Mac 2013

AKTIVITI SAYA JAN - MAC 2013


1. Kek Nur Maisarah di usia 7 tahun pada 25 Januari 2013. Baru cuba-cuba deko kek, cantik tak
2. Gambar ruang kerja di Unit Pengujian, Bahagian Pelesenan, JPJ Selangor.
3. Kek Masturina di usia 6 tahun pada 1 Mac 2013, juga ulang tahun pernikahan Mohd Aris bin Salleh & Norazizam binti Zamri yang ke 17 tahun. Bulan hijrah 11 Syawal.
4. Nur Maisarah dengan keknya.
5. Dua anak perempuan kesayangan kami, ramai kata mereka macam kembar, betul ke?
6. Produk yang kami sekeluarga guna dan jadi dealer,untuk kesihatan dan menjana wang, kalau nak join sms @ tel kami MOHD ARIS - 0193553044 @ NORAZIZAM 019-6004005/019-4583044, kami juga menjalankan perkhidmatan homestay kaedah baru, sewa dan membaiki kereta, hantaran perkahwinan, cenderahati untuk seseorang istimewa dengan rekaan kreatif, menu diet ala Alpha Lipid SD II, fesyen muslimah,pinjam dan sewa dan jual buku,cafe dan berbagai lagi.








  1. n

ANAK ATAU ANAKKU

Nampak macam sama tetapi ianya membawa maksud yang berlainan sebenarnya. Anak tidak semestinya anak kita, anak adalah orang yang bawah tanggungjawab ibubapa dan orang-orang sekitarnya. Manakala anakku adalah anak kandung kita yang rapat dan perlu dipelihara dengan sebaik mungkin yang menjadi amanah kita.

Kebanyakan orang bila anak orang lain terlibat dengan sesuatu musibah @ mendapat sesuatu yang baik sekalipun, jarang sekali kita mengucapkan sesuatu yang membina minda ibubapa yang mempunyai anak itu,begitu juga jarang sekali mengucap perhargaan dalam percapaian yang baik.
Cuba terjadi kepada anak kita, mahu satu kampung hendak diceritakan. Elok ke begitu? Sedangkan sepatutnya anak orang, anakku juga. Nasihatlah dengan baik, bantu jika perlu, mana tahu, satu masa nanti anak itu menjadi anak yang bermanfaat untuk masyarakat nanti. Renung-renungkanlah setiap tindakan kita ya.

Selasa, 19 Mac 2013

GANDAAN UNTUK SEMUA PERBUATAN KITA

Salam sayang kepada pelayar blog ni, kenapa ya dalam dunia ini terlalu ramai yang suka menjatuhkan orang lain tanpa memikirkan akibat tindakan mereka itu. Sedar tak mereka, sekali mereka menjatuhkan seseorang tu, dia akan dijatuhkan 10 kali juga. Begitu rezeki yang diperolehi 10% daripadanya adalah hak orang lain, jadi janganlah takut mengeluarkan 10% tu yang jumlah keluarannya dijanjikan Allah gantian 10 kali ganda. Sekali anda menipu seseorang, 10 kali anda akan ditipu/dikhianati. Oleh itu berhati-hati sayang dalam menguruskan hidup anda yang bersisa ni kerana kita tidak tahu berapa lama tunangan kita(ajal) akan menjemput mengadap Illahi, pemilik semuanya di dunia ni. Kita ni hanya pinjaman je, beringatlah selalu ya sayang.

Sabtu, 16 Mac 2013

SAYANG SELASIH


SAYANG SELASIH

Ingat ungkapan ni, Sayang selasih dilurutkan, sayang kekasih diturutkan. Dewasa ini ramai remaja mempraktikkan ungkapan ni tanpa memikirkan kesan buruk di masa akan datang, walaupun kadangkala ada yang membawa kebaikan. Kekasih yang diturutkan sepatutnya ditujukan kepada yang empunya diri kita iaitu Allah s.w.t., dengan meletakkan kekasih yang ini di hati kita, in syaa Allah kekasih-kekasih yang lain akan datang dengannya. Sahabat dan ahli keluarga yang belum mempunyai kekasih di dunia, sila letakkan Allah sebagai kekasih hati dulu ya, in syaa Allah Dia akan mendorong kita melakukan yang terbaik dan tidak menyalahi agama.

Khamis, 14 Mac 2013

MENULIS JANA PENDAPATAN

Alhamdullillah baru saja download sesuatu yang berguna untuk mempromosikan bidang saya dalam penulisan ni. In Syaa Allah saya mendapat memanfaatkannya, mudah-mudahan juga saya dapat hasil yang lumayan di bidang penulisan. Doakan ya. Terima kasih. Di sini saya sertakan sedikit intro untuk buku yang saya sedang menulis, buku ini menceritakan kisah benar kehidupan saya dari pertemuan emak dan ayah sehinggalah saya berumahtangga. Segala duka lara, pahit manis kehidupan, saya kongsikan bersama. Kawan-kawan yang mengenali diri ini digalakkan membelinya untuk panduan menjalani kehidupan di hari muka bagi generasi kita seterusnya. Sabar menunggu kelahiran sulung ini ya. Terima kasih kerana melawat.

Rabu, 13 Mac 2013

SALAM PENGENALAN

Salam perkenalan,

Saya Norazizam binti Zamri menggunakan nama pena Puteri Nur Hidayah. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Selayang Baru, Selangor dan melanjutkan ke Sek. Men. Selayang Baru hingga tamat tingkatan lima pada tahun 1984.

Saya berminat dalam penulisan, berhajat untuk menerbitkan buku-buku  hasil tulisan saya tidak berapa lama lagi. Saya berpengalaman bekerja di PDRM, Mahkamah dan JPJ, dari tiga jabatan yang terlibat dengan undang-undang ini, saya mendapat idea untuk menulis.

 Saya juga pernah bekerja sebagai guru sandaran, operator kilang, kerani merangkap guru menaip dan trengkas, juga pernah menjadi pengasuh. Saya juga ada berniaga beberapa product kesihatan, kraftangan DIY, cenderahati dan minyak Additive (Minyak ajaib perjimatan minyak dan perjagaan kereta motor).

 Suami saya yang pakar dalam engine kata minyak ini elok untuk engine. Pengalaman beliau di bahagian engine di Proton Sdn. Bhd. membuat beliau tahu selok belok engine.

Suami saya juga boleh repair dan setvice kereta bersama sepupu-sepupunya. Saya juga menjual barang perhiasan emas 916 dan 999 secara kecil-kecilan secara kedai mobile.

Siapa yang berhajat boleh berhubung dengan saya di talian 0193422025/0196004005 juga no. suami saya 01111010015.

Masa akan datang pula saya bercadang menjalankan homestay di Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak dengan konsep baru.  Empat negeri ini dipilih kerana suami saya berasal dari Kelantan dan keluarganya ada yang berhijrah ke Pahang.

Manakala saya pula berasal dari Perak, keluarga saya berhijrah ke Selangor. Saya  telah mempunyai rumah di  Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan dan rumah diberi secara hibah, berkongsi dengan adik di Selayang.

Tempat yang strategi untuk pelaburan dalam perkhidmatan homestay. Tapak di Pahang pun ada, cuma di Perak tidak pasti dapat ke tidak sebab tanah pusaka.  Bagaimana pun saya akan cari juga, kalau boleh sekitar Malim Nawar, Air Hitam Labu, Kampar, Perak. Doakan saya berjaya memperolehinya.

Kalau ada sesiapa yang berhajat ke Kelantan dan tiada tempat tinggal, bolehlah hubungi saya. Homestay saya di Kelantan terletak di Wakaf Bharu.

Harga RM150 semalam, sesuai untuk keluarga muslim boleh muat 6 orang selesa dan maksima 15 orang. Keterangan lanjut sila hubungi saya atau suami nombor telefon seperti di atas.

Konsep baru belum dilaksanakan di rumah Kelantan ini, kalau sudah dilaksanakan mungkin berubah sikit harganya tapi masih dalam bajet anda yang mempunyai keluarga melebihi 6 orang. Semoga berjumpa lagi, terima kasih kerana melawat blog saya ini.