INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Rabu, 21 Januari 2015

RUMAHKU SYURGAKU, BAITI JAINATI, HOME SWEET HOME

RUMAHKU SYURGAKU, BAITI JAINATI, HOME SWEET HOME

October 13, 2012 at 9:19pm
Apapun namanya, rumah tempat kita berlindung dan syurga yang menjadi idaman setiap orang perlu wujud dalam intitusi keluarga supaya masyarakat mukmin yang berlandaskan syariat diujudkan. Pemulaan sesebuah institusi keluarga apabila sahnya akad nikah seseorang itu. Di sini saya cuba kupaskan rahsia di sebalik segala amalan yang menjadikan kelaziman segelintir kita.

SOLAT JEMAAH SUAMI ISTERI SEBAIK SAJA AKAD NIKAH
Supaya kekal menjadi imam dalam rumahtangga. Pahala setiap anak adam yang berkahwin digandakan amalannya, terhindarnya perkara yang boleh mendekati maksiat. imam bukan sekadar solat saja, yang lebih penting menjadi imam dalam semua hal dalam rumahtangga yang dibentuknya.

CIUMAN DI DAHI DAN KIRI KANAN PIPI
Perkara ini jarang sekali dilihat oleh orang Melayu tetapi menjadi kelaziman di Eropah dan Timur Tengah. Perkara bercium ini mempunyai rahsia tersendiri, hasil pemerhatian dan dipraktikkan sejak mengeahui rahsianya. Rahsia di sebalik ciuman ialah di DAHI - ciuman restu, PIPI KANAN - ciuman kasih, PIPI KIRI - ciuman sayang, MULUT - ciuman berahi dan akhir sekali di BELAKANG TANGAN - ciuman hormat.
- Disarankan setiap pemuda pemudi yang berhasrat untuk berkahwin ikuti ilmu keibubapaan, supaya rumahtangga yang terbentuk boleh dijadikan syurga bagi keluarga tersebut.

PELUKAN ANTARA SUAMI ISTERI DAN SEMUA AHLI KELUARGA YANG MENJADI MUHRIM
- Pelukan yang disarankan oleh kebanyakan pakar motivasi ialah sebanyak tujuh kali, iaitu sebaik saja bangun dari tidur, setiap kali selepas menunaikan solat fadhu sebanyak kali dan akhir sekali sebelum tidur.
- Pelukan untuk anak-anak dan ahli keluarga yang lain, dipanjangkan juga kepada sekalian yang menjadi saudara seislam kita. Ianya dicadangkan setiap kali bertemu dan berpisah supaya aura nur kasih Illahi meresap terus ke jiwa yang bersentuhan tadi.
- Pelukan-pelukan ini juga dapat menenangkan jiwa yang sedang bergelora, fikiran yang bercelaru dan kestabilan hormon untuk keceriaan hari yang dilalui, mahupun akan dilalui.
- Aura pelukan ini terlalu kuat, tolong jangan lakukan jika anda bukan muhrim kerana kesannya amat buruk sekali.

MELAKUKAN SEGALA AKTIVITI SECARA JEMAAH
- Solat berjemaah digandakan pahalanya dua puluh tujuh kali.
- Tazkirah selepas solat fadhu, baik untuk makanan rohani dan ingat mengingati.
- Tadarus Al-Quran, dapat membentukkan bacaan menjadi yang terbaik.
- Makan dan minum, kalau dapat makan sepinggan/sedulang, minum segelas lagi baik. Dalam pemerhatian dan amalan saya, sesiapa yang melakukan perkara ini ikatan kekeluargaannya amat kuat dan sukar untuk dipisahkan. Peselisihan pendapat memang ada tapi tidaklah sampai berpecah belah, bercerai berai.
- Beriadah bersama, ini dapat membuat mengenal kawan kepada setiap ahli keluarganya, maka berrambah ramailah saudara kita.
- Mandi bersama (suami isteri, sesama lelaki dan sesama perempuan), air mandian yang mengalir di dalam satu kolah (kolam), pancuran air merupakan air pengasih yang terbaik disamping membaca selawat dan mengingati Allah di awalnya. Tak perlulah pergi ke bomoh mengarut lagi ya.
- Tidur berjemaah, tak merasa takut dan keselamatan jika ada musibah yang menimpa. Lebih penting tahu menghargai betapa susahnya jika tidak ada tempat tinggal dan apabila berada di Padang Masyhar nanti.

WUJUDKAN BILIK PERADUAN SEPERTI BILIK PENGANTIN

Indahnya bilik peraduan seperti bilik pengantin, dengan wangi-wangian yang menusuk kalbu. Bilik yang dihias indah, bidadara (suami) dan bidadari (isteri), maka akan berlakulah keinginan sesama suami isteri tersebut, yang seterusnya insyaAllah dikurniakan zuriat yang soleh/solehah.

PENDIDIKAN MELALUI TIGA PERINGKAT

- Tujuh tahun pertama, dibelai dan ditunjukajar.
- Tujuh tahun kedua, didisiplinkan mengikut peraturan
- Tujuh tahun ketiga, menjadi kawan pendamping suka duka

MENYEDIA DAN MENCARIKAN JODOH
Anak lelaki disediakan penampilan dan sahsiah diri untuk menjadi imam dalam keluarganya
- Anak perempuan disediakan ilmu mengikat hati suami dan urusan kebiasaan seorang suri.
- Menantu sebaiknya didahului yang beragama baru diikuti yang lain kerana insyaAllah jika ada didikan agama dapat membataskan antara yang baik dan buruk.
 Ujilah bakal menantu anda sebelum menerimanya, walaupun dia sanggup membayar mas kahwin dan hantaran berpuluh ribu ringgit, ini kerana dikhuatiri hanya lakonan semata-mata dan hidup anak kita sengsara jua akhirnya. Kekayaan, kecantikan dan keturunan bukan boleh dijadikan sandaran untuk kebahagiaan, seterusnya mewujudkan RUMAHKU SYURGAKU, BAITI JAINATI, HOME SWEET HOME. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan