INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Sabtu, 23 Mac 2013

CUTI-CUTI ANDA

         Kakitangan perkhidmatan awam dibekalkan dengan CUTI REHAT dikategorikan dalam cuti kerana perkhidmatan. Kebiasaan cuti ini diberi antara 20 ke 30 hari setahun. Sedarkah anda bahawa cuti yang diberi ini mempunyai cuti kelayakan untuk genap satu bulan perkhidmatan antara 11/2 hari ke 21/2 hari. Malangnya ramai antara penjawat awam menganggap cuti 20 ke 30 hari itu hak mutlak mereka, ikut sukalah bila dan bagaimana ianya hendak dihabiskan. Sedarlah bahawa kesan menghabiskan cuti tanpa mengikut kelayakan mengakibatkan rekod perkhidmatan kita di akhir perkhidmatan nanti. Katakan jika cuti dihabiskan kesemuanya sebelum bulan Jun setiap tahun,  tiba-tiba pada bulan November terjadi musibah keatas anda yang memerlukan cuti rehat tadi. Mana anda nak cari cuti lagi?
         Mungkin ada yang berkata ambillah CUTI SAKIT yang dihadkan 90 hari untuk klinik/hospital kerajaan/hospital swasta yang ada doktor pakar dan 15 hari cuti sakitswasta. Memang benar anda boleh menggunakan CUTI SAKIT ini tapi kesannya adalah semasa anda pencen/bersara nanti. Jika CUTI SAKIT ini diambil kesemua untuk 3 tahun berturut-turut, tanpa anda tidak pernah maklumkan sebarang penyakit yang memerlukan rawatan seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan sebagainya. Anda akan diminta untuk diperiksa tahap kesihatan anda oleh Lembaga Perubatan, jika Lembaga Perubatan mengatakan anda memang sihat dan bebas dari penyakit yang saya sebutkan tadi, anda akan dituduh menipu dokumen. Kesannya, duit saguhati yang anda harapkan untuk membuat sesuatu sesudah pencen/bersara tidak diperolehi dalam jumlah yang dijangka atau lebih malang lagi anda mungkin tidak dapat langsung duit tersebut.
         Oleh itu, berhati-hati menggunakan cuti anda dengan sebaik mungkin. Jikalau tidak menghabiskan cuti melayakkan tersebut juga tidak berapa elok sebab ukhuwah anda dengan keluarga dan masyarakat sekitar tidak dijalin dengan sebaiknya. Ada antara kita jiran sebelah rumah pun tidak kenal kerana sibuk bekerja. Kadang-kadang kita sengaja tidak habiskan cuti rehat tadi untuk ganjaran semasa pencen yang agak lumayan jumlahnya. Apa pun terpulanglah kepada anda mengurus cuti anda itu.
Nota: Rujukan Perintah Am Bab C dan Bab F.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan