INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Isnin, 1 Mei 2017

ALL IN ONE NUR HIDAYAH HOMESTAY

Ingin melawat Malaysia, terutama negeri Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak.  Tiada tempat tinggal, hotel pula sudah penuh.  Kami di ALL IN ONE NUR HIDAYAH HOMESTAY, menawarkan perkhidmatan stail baru.

Pakej Penginapan

A) Bilik 1 atau 2 orang dewasa -  RM50 (Perubahan harga semasa, ada 2 unit).
   

  • 1 katil bujang
  • 1 katil gelongsor
  • 1 almari pakaian
  • 1 meja + 1 kerusi
  • 1 kipas
  • Set alatan sarapan untuk 2 orang (Sudu, garpu, pisau, gelas, cawan, piring, jug air dan serbuk untuk buat air)
  • 1 bilik air (mandi)
  • 1 tandas kongsi di luar
  • WI-FI percuma
B) Bilik 2 orang dewasa  - RM70 (Perubahan harga semasa, ada 2 unit)

  • 1 katil kelamin 
  • 1 almari pakaian
  • 1 meja + 2 kerusi
  • 1 kipas
  • 1 penyejuk ruangan mudah alih
  • Set alatan sarapan untuk 3 orang (Sudu,garpu,pisau, gelas, cawan,piring, jug air dan serbuk untuk buat air)
  • 1 bilik air + tandas
  • WI-FI percuma

C) Semua bilik di atas + ruang tamu - RM350 (Perubahan harga semasa)
Tambahan di ruang tamu

  • Meja makan untuk 8 orang
  • Meja lipat buffet + kerusi lipat (atas permintaan)
  • Rak buku + Set hidangan sehingga 24 orang
  • 3 kipas
  • 2 + 1 kerusi tamu
  • 1 day bed
  • 1 jug air/cerek elektrik
  • 1 televesyen
  • 1 rak kasut
  • 2 set toto/narita
  • 1 tikar
D) Khemah + 2 sleeping beg -  RM30 (Perubahan harga semasa)
- Ada 6 unit.

E) Jamuan kecil untuk 24 orang selesa - RM300 (Perubahan harga semasa)

  • meja lipat 6 unit
  • kerusi lipat 24 unit
  • Set hidang untuk 24 orang
  • Set buffet
  • Cenderahati

Tempahan boleh dibuat selewatnya seminggu sebelum tarikh penginapan.
Deposit sehari penginapan dikenakan sebagai lock tempahan.  Tidak dipulangkan sekiranya batal tempahan sehari sebelum penginapan.


Tempahan boleh dibuat di no berikut : 09-7190121/0196004005.









Ahad, 22 Januari 2017

TIPS MERANCANG - MEMILIH NAMA MENINGKAT POTENSI

"Ummi, apa maksud nama Abang?" Along Muhammad Asyhif bin Mohd Aris ingin tahu, ketika berbual santai di rumah ibu saudara sebelah Ayah. (Kg. Hutan Jambu, Koh Pasir, Palekbang).

"Kenapa? Jikalau Along tidak suka dan hendak tukar. Boleh ubah di Jabatan Pendaftaran Negara," sengaja menguji mengapa dia pentingkan maksud namanya.

"Nama Abang, orang asyik salah eja dan panggil. Abang tak tahu, hendak cakap macam mana," akui anak bujang ini yang kawal 'kacak'.

Itulah antara dilema Ummi, ketika sebaya Along dan untuk memilih nama pena. Melalui nama sebenar mengikut kad pengenalan, disusun terbalik, disingkatkan ejaan dan pelbagai cara lagi.

Akhirnya mengambil keputusan, nama pena dapat membentuk peribadi. Nama pena Puteri Nur Hidayah dipilih.

Secara umum, mengetahui 'Puteri' adalah nama diberi kepada anak perempuan raja atau sultan dan golongan bangsawan.

Putera puteri golongan bangsawan ini, akan dididik dengan kesopanan, keimanan dan kepimpinan. Protokol dan adat istiadat yang terpakai sehingga kini.

Menggunakan nama 'Puteri', diharap jikalau ada hajat melakukan perkara negatif akan terbatas. Apabila teringat tujuan asal memilih nama itu, 'Oh! Perlu menjaga nama baik 'Puteri' ini.'

Nama 'Nur', adalah 'Nor' daripada nama sebenar dalam bahasa Arab bermaksud cahaya.

Diharap dapat memberi 'cahaya' atau penerangan ilmu kepada sesiapa yang memerlukan. Isyarat, 'tanyalah apa perkara sekalipun. Insya-Allah akan dibantu'.

Nama 'Hidayah' pula, agar sentiasa mendapat panduan dengan rahmat dan keberkatan-Nya, sebagai hamba-Nya sepanjang menyampaikan ilmu yang sedikit sehingga menjadi amalan diri dan orang lain.

Itu mengenai nama pena sendiri. Pertanyaan Along Muhammad Asyhif, ini jawapannya.

Sebelum hamil Along, Ummi pernah keguguran 16 minggu. Ayah harap anak sulung kehamilan ini perempuan, nama Maisarah telah disediakan.

Apabila hamil Along, nama Maisarah masih Ayah mahu letak jikalau anak perempuan. Namun yang lahir anak lelaki. Ayah kalut, sibuk cari nama.

Kebetulan Ayah membaca kisah Nabi Sulaiman dan pengikutnya kalangan jin, bernama 'Ashif' (ejaan sebenar) seorang yang beriman dengan agama Allah.

Kenapa ada 'Asy' untuk semua anak lelaki Ummi;

Muhammad Asyhif bin Mohd Aris
Muhammad Asyrif bin Mohd Aris
Muhammad Asy'ari bin Mohd Aris

'Asy', singkatan 'Arasy-Nya' kedudukan tertinggi. (Gaya taksiran Ummi semata-mata, abaikan jikalau salah. Ummi tiada asas bahasa Arab pun).

Gabungan nama Muhammad (nama junjungan kita nabi Muhammad (selawat keatasnya) dan 'Arasy-Nya' kepada nama anak lelaki Ummi.

Agar mereka mengamalkan sunnah baginda dan menjadi pemimpin yang berwibawa, sekurang-kurangnya ketua keluarga nanti.

Begitu teliti Ummi mencari makna dengan nama. Gabungan nama, perlu dipilih agar membentuk peribadi. Sekarang mudah, sudah ada buku sahabat penulis ustaz Ahmad Saifuddin Yusof.

Cari ya sahabat sayang semua, sebelum memberi nama kepada anak, cucu dan semua keturunan kita.

Anak perempuan Ummi pula nama Nur Maisarah (nama Ayah simpan).

Nama Masturina, Angah Muhammad Asyrif yang cadangkan. Nama anak perempuan, memang Ummi minta Ayah fikirkan. Kami setuju pilihan Angah setelah melihat maknanya.

Pada mulanya hendak letak 'Nur' permulaan nama. Ayah kata nanti maksudnya 'Cahaya Yang Cerdik', bukan anak kita.

Begitulah nama yang Ummi pilih, termasuk nama binatang piliharaan yang menjadi kesayangan anak-anak.

Mereka akan tanya, "Ayam jantan ini hendak bagi nama apa? Arnab, lembu, kucing, semua ada nama untuk membawa rahmat dan keberkatan-Nya kepada keluarga kami.

Ummi Nur,
Sentiasa kerdil sebagai hamba-Nya



Caranya:


  • Pilih nama yang kita suka, minat dan senang disebut
  • Pilih sekurang-kurangnya tiga nama
  • Cari maksud nama itu, tidak kira bahasa.  Asalkan maksudnya memberi nilai positif dalam kehidupan kita.
  • Gabungkan nama-nama pilihan itu, mengikut kreativiti asalkan maksud tetap membawa nilai positif, untuk meningkatkan potensi cemerlang diri atau bisnes kita
  • Setiap kali dipanggil menggunakan nama itu, ia merupakan satu doa untuk kita



Selasa, 17 Januari 2017

TIPS - CARA BELAJAR KETIKA SAKIT

Pertama kali sering diserang sakit idapan iaitu asthma/semput/lelah hampir setiap bulan ialah semasa berumur 9 tahun.  Terlampau stress/tekanan mengejar kejayaan, inilah akibatnya.

Bertenang sahabat sayang,  usaha bertenang dahulu sebelum merancang kehidupan kita.

Caranya;

Cari sahabat syurga (sanggup susah senang bersama), sahabat ini akan bantu kita.

Minta tolong keluarga, bacakan buku untuk kita.  Minda bawah sedar kita ketika sedang sakit, hanya mampu menerima maklumat audio sahaja.

Tetap mengulangkaji pelajaran, walaupun terpaksa cuti sakit.  Membaca mengikut kemampuan kesihatan.

Jikalau sudah agak sihat sedikit, usaha untuk ke sekolah.  Duduk sahaja pun tidak apa, janji ilmu yang diajar tetap masuk ke telinga.  Erti kata lain, JANGAN PONTENG SEKOLAH.

Beri penghargaan kepada semua yang membantu sepanjang kita sakit.  Tanpa mereka, kita mungkin sukar untuk mengejar pelajaran yang tertinggal.  Akhirnya mendapat tempat corot di dalam kelas. Tidak mahu!  Tidak mahu!

Itulah caranya,  cuba ya sayang semua.  Tiada alasan untuk mencapai kejayaan cemerlang.


Ummi Nur,
Pengidap asthma tahap nyawa-nyawa ikan, jikalau kena serangan
Pernah menyalahkan takdir, segera insaf dan memperbaiki diri

Rabu, 11 Januari 2017

MINI LIBRARY

Sayang dan mencintai buku yang dikumpul sejak zaman persekolah, menjadikan berhasrat untuk memiliki library sendiri di rumah.  Mula pasang angan-angan.  Buku dikumpul sedikit demi sedikit. 

Alhamdullillah, akhirnya dapat melaksanakan realisasi impian.  Tujuan memeriahkan dan mengalakan lebih ramai membaca. Kami tawarkan

Perkhidmatan 'mini library' kami;
1) Belajar berkumpulan

 - pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
- pukul 3:00 hingga 5:00 petang.
- pukul 8:00 hingga 10:00 malam.

2) Tukar buku - Buku dalam simpanan ditukar dengan buku
kami, mengikut harga buku diselaraskan.  Hadir/Menginap.

3) Sewa buku - Mengikut tempoh tertentu dengan caj
perkhidmatan mengikut % harga buku yang
diselaraskan mengikut nilaian semasa.
Harga penghantaran dicaj, sewaan online.

4) Jual buku - Mengikut harga tertera atas kulit buku
Harga penghantaran dicaj, belian online.

5) Permainan 'indoor' - Semua permainan 'in door' seperti puzzle,
dam, catur, kad imbas, congkak ada disediakan.












































Selasa, 10 Januari 2017

TIPS MERANCANG - MEMBELI KEPERLUAN BULANAN KELUARGA


Setiap hari, minggu dan bulan , kita akan berbelanja untuk keperluan keluarga tersayang.
Kekadang bajet belian telah dibuat untuk sekian jumlah. Apabila sampai di pasar atau pasar raya. Mulalah rambang mata.
Ada sahaja barang tambahan yang tidak perlu dibeli. Akhirnya setiap bulan akan 'terover budget'.
Perkara ini selalu berlaku, terutama apabila dapat durian runtuh hujung tahun. Meriah berbelanja, sehingga lupa diri, bawa duit ngam-ngam je untuk beli barang keperluan.
Macam mana hendak buat ya. Barang keperluan tidak dibeli, barang kehendak yang memenuhi ruangan. Sudahnya tidak tahu hendak letak mana.
Semalam mengemas fail-fail lama zaman baru berumah tangga. Masa itu, anak tidak berderet lagi. Rajinlah ikut perancangan dengan teratur.
Sekarang, redha sajalah. Terlebih beli barang keperluan, sehingga dua tiga bulan. Ada juga kehabisan dalam stok. Kedai pula sudah tutup. Haru biru blues.

Ini cara saya lakukan;
  • Senaraikan semua barang keperluan minggu yang biasa dibeli setiap minggu.
  • Senaraikan semua barang keperluan bulanan yang biasa dibeli setiap bulan.
  • Sediakan jadual belian mingguan dan bulanan dengan menggunakan mikrosoft bersesuaian.
  • Sediakan juga jadual untuk tulis senarai barang yang hendak dibeli.
Tulis jumlah kuantiti yang diperlukan untuk sekeluarga setiap minggu dan bulan.


















Contoh belian minggu : Barang basah

7 ekor ikan talapia
3 ekor ayam
3 ikat sayur sawi
1 kubis bunga
1 brokoli
1 kilogram lobak merah
3 peket putik jagung
1 kilogram udang
1 kilogram sotong
3 kilo ikan kembung
1 kilogram bawang merah
500 gram bawang putih
300 gram halia
1 kilogram bawang besar

Contoh belian bulanan : Barang kering

3 kilogram tepung gandum
20 kilogram beras
3 kilogram biskut pelbagai perisa
500 gram koko
12 tin susu peket manis
1 botol kicap saiz besar
1 tin tomato puri saiz besar
1 kilogram cili giling
1 kiloggram garam halus
1 kilogram garam bukit
1 botol madu asli
1 botol sos tiram
5 kilogram minyak masak

Selepas itu, kira semua anggaran kasar harga setiap barang.  Contohnya;

7 ekor ikan talapia, anggaran harga sekilogram  RM12.  Anggaran berat 7 ekor, 3 kilogram.  Jadi, anggaran pembelanjaan yang diperuntukkan RM12 X 3 = RM36, sediakan duit sebanyak RM40.

Lakukan begitu untuk semua barangan yang akan dibeli secara mingguan atau bulanan.

Ketika hendak pergi membeli barangan keperluan ini,  senaraikan semula mengikut kuantiti dan anggaran harga.  Kita hanya perlu membawa sejumlah wang mengikut keperluan harian atau bulanan.

Setelah selesai, duit lebihan (jikalau ada diskaun), masukkan dalam tabung khas untuk belian kecemasan.  Tujuannya, sekiranya ada tetamu bertandang dalam minggu atau bulan tersebut.

Seterusnya bulan berikutnya, jikalau barangan keperluan bulanan masih berbaki atau tidak digunakan.  Tanda /  pada bulan tersebut.  Ini bermakna tidak perlu beli barang keperluan tersebut pada bulan itu.  Jimat lagi pembelanjaan bulanan kita.  Masuk terus dalam tabung khas kecemasan, jangan gunakan untuk kehendak pula ya.

Semasa rajin melakukan cara begini, saya mempunyai lebihan kewangan sekitar 10% daripada pendapatan bulanan keluarga. Sempatlah menampung keperluan tidak dijangka seminggu lagi. (Contoh: Ada komitmen bantu ibu bapa)




TIPS MERANCANG - MENCAPAI MATLAMAT KENAIKAN PANGKAT

3 JANUARI 1989

Hari ini mula memasuki perkhidmatan awam.  Sesi taklimat diadakan di Cawangan Pentadbiran dan Perkhidmatan, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Semasa sesi taklimat, diperkenalkan dengan sebuah buku setebal 3 cm.  Menurut Sjn.Wanita itu, buku itu perlu dibaca oleh setiap perjawat awam, sebagai rujukan selagi bergelar perjawat awam.

Meneliti surat tawaran perkhidmatan, terus menetapkan sasaran atau matlamat kerjaya dalam perkhidmatan awam. Umur bersara wajib ketika itu ialah 55 tahun.  Gred pderkhidmatan hanya ada Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D.

Menjawat jawatan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) di Bahagian Soal Siasat, Cawangan Anti Dadah, Bukit Aman iaitu dalam kumpulan D.  Tempoh perkhidmatan dibenarkan sehingga beersara wajib ialah 33 tahun.

Berhajat untuk bersara pilihan dengan syarat berkhidmat 25 tahun, berjawatan tetap dan berpencen atau menjawat jawatan dalam Kumpulan B (sedar belajar tidak setinggi mana).  Rancangan mencapai matlamat, perlu diatur.

Merancang untuk kenaikan pangkat ke Kumpulan C, Kumpulan B dan Kumpulan A mengikut tempoh dibahagi dengan tiga kumpulan ini.  Ini bermakna setiap Kumpulan, hanya dibenarkan berada paling lama 11 tahun.

Perancangan kenaikan daripada Kumpulan D ke Kumpulan C.


  • Lulus ujian kepantasan menaip dengan hadiah dua kenaikan gaji setiap tahap.  Ada dua tahap kepantasan 35 p.s.m dan 45 p.s.m untuk menaip manual, manakala menaip eletronik ialah 60 p.s.m dan 100 ps.m.
  • Mengambil peperiksaan khas, Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke Kumpulan C, setelah disahkan dalam jawatan.  Diperkenalkan pada tahun 1992.
  • Mencuba kedua-dua peperiksaan untuk kenaikan pangkat.  Kemahiran menaip dan mengambil trengkas, tujuan untuk menjawat jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) atau jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Setelah lulus percubaan kali kedua pada tahun 1993 peperiksaan Khas dan kepantasan menaip untuk 45psm manual.  Terus mengisi borang mengisi jawatan untuk Kumpulan C.

Memang rezeki, semasa temuduga hanya ditanya soal peribadi sahaja.  Selang setahun kemudian menerima surat tawaran sebagai calon simpanan.  Syukur.  Ada rezeki, peluang itu masih ada.

Akhirnya pada Julai 1995, dengan rasmi menjawat jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  Melihat latar belakang,  penempatan diberi ialah Perpustakaan Undang-undang Mahkamah Tinggi Sivil dan Perdagangan, Kuala Lumpur.

Menjawat jawatan jurutaip selama 6 tahun 6 bulan.  Tempoh perkhidmatan untuk bersara plihan 25 tahun berkhidmat ialah 25 - 6 tahun 6 bulan = 18 tahun 6 bulan.

Mengambil peperiksaan khas KPSL, juga untuk memasuki Kumpulan 
B melalui jalan sukar.  Kerja perkeranian yang semakin bertambah, komitmen kepada keluarga, untuk lulus kesemua kertas mengambil masa 10 tahun, campur pergesahan setahun.

Masa yang tinggal untuk menjawat jawatan dalam Kumpulan B, sebelum bersara ialah 18 tahun 6 bulan - 11 tahun = 6 tahun 6 bulan.  Dalam tempoh berbaki, berusaha untuk mendapat panggilan temuduga kenaikan pangkat secara KPSL. 

Rezeki masih tidak menyebelahi untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Eksukitif Officer).  Setiap kali temuduga, ada sahaja soalan yang tidak dapat dijawab.  Mujurlah kerajaan memperkenalkan perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) KUP N22.  

Iaitu jawatan yang skop tugas sebagai Ketua Kerani (Chief Clerk).  Lega jugalah hati, dapat juga naik pangkat sebelum bersara pilihan pada 3 Oktober 2014.  

Menjawat jawatan ini selama lima tahun, ia dikira dari kita memegang jawatan pembantu tadbir melebihi 12 tahun atau lulus ujian kecekapan. Kebetulan telah lulus ujian kecekapan dan melebihi tempoh tersebut.

Itu antara cara untuk merancang kenaikan pangkat, selain mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, memiliki Diploma atau Ijazah mengikut pangkat perjawatan.  Cara ini khas untuk pegawai yang sedang berkhidmat.










Isnin, 9 Januari 2017



KUMPULAN SOKONGAN ANAK PRAMATANG MALAYSIA (MY PREM)






CERITA DI SEBALIK TABIR PENUBUHAN 

"Ya Allah! Jikalau diizinkan untuk terus bernafaz memelihara anak-anakku lagi. Aku akan melakukan sesuatu kebajikan mereka yang berterusan. Jikalau sebaliknya, aku redha dengan ketentuan-Mu."



Inilah doa, merupakan janji diri ini kepada Pencipta ketika berada di dalam keadaan situasi 50: 50.

Anak kami Muhammad Asy'ari lahir pada 15 Mei, 2008.  Kesibukan menguruskan keluarga dan pekerjaan sebagai perjawat awam.  Lupa sebentar janjiku kepada-Nya.

Tambahan lagi, Muhammad Asy'ari sering keluar masuk hospital dengan pelbagai komplikasi kesihatan kelahiran pramatang sehingga usia Asy'ari tiga tahun.

Sehingga ditegur secara halus oleh-Nya iaitu ketika baru hendak memotong kain putih uniform sekolah.  Tiba-tiba...

Ada renjatan eletrik menyalar seluruh tubuhku, sebaik sahaja aliran selesai.  Saya seperti lumpuh dan tidak boleh bergerak.  Istiqfar.

Sempat memanggil anak keduaku Muhammad Asyrif, 

"Angah, tolong bangunkan Ummi.  Ummi tidak boleh bergerak ini."

Angah dengan saiz badan yang sihat tegap, memapah dan menyuruh berehat di katil.  Angah menyelimutkan , sapu ubat panas di kaki dan pakaikan stokin.

Sebaik sahaja suami balik kerja,  dibawa terus ke DEMC Shah Alam bersama Angah untuk tujuan memapah.

Kesemua anak-anak dibawa bersama.  Along sahaja tiada, dia telah bersekolah di Maahad Pengajian Islam, Kelantan.

Setelah menerima pemeriksaan doktor pakar, terus dimasukkan ke wad.  Ada masalah sendi dan urat saraf.  Terus teringat kepada perjanjian itu.

Kejadian itu berlaku pada bulan MEI, 2012.  Empat tahun selepas kelahiran Asy'ari.  Waktu itu, tidak pasti apa yang perlu dilakukan.  Cuma sudah mula menghantar Asy'ari ke tadika.

Apabila pada tahun 2013, pihak NICU PPUM, menjemput Asy'ari hadir di hari anak pramatang sedunia pada 17 November, 2013.  Rupanya, inilah teguran oleh-Nya.  Ambil perhatian atau kebajikan anak pramatang kami.

Pihak NICU,  bertanya apa bakat yang Asy'ari boleh lakukan.  Bertanya kepada Asy'ari,

"Asy'ari hendak buat bakat apa?"

"Bersilat," Asy'ari menjawab dengan yakin.

Sejak bila Asy'ari tahu bersilat.  Tidak mengapa, nanti hendak selidik.  Beri jawapan dahulu kepada pihak pengurusan majlis di PPUM.

Apabila menghantar Asy'ari semula ke tadika Alam Ria Bestari, Seksyen 17, Shah Alam.  Setelah dua hari merajuk tak mahu sekolah, ikut ke tempat kerja.

Sanggup tidur bawah meja di pejabat, Bahagian Pelesenan Pemandu, Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor,  Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Cikgu Gee, cikgu tadika untuk pelajar lima tahun.  Menyambut kedatangan kami,

"Puan, nasib baik Asy'ari datang, dia sahaja yang tahu ikut rentak silat untuk persembahan graduasi akhir tahun ini."

"Asy'ari tidak beritahu apa-apa pun kepada saya, dia cuma cakap tidak mahu pergi sekolah sahaja."

"Ya puan.  Asy'ari merajuk dengan saya.  Dia hendak jadi ketua,  saya tidak bagi sebab dia kecil sangat daripada budak lain."

"Asy'ari jadilah ketua, janji mahu ambil bahagian," Cikgu Gee setuju dengan permintaan Asy'ari.

Senyum meleret Asy'ari apabila dapat apa yang dihajat.  Sejak itu Asy'ari rajin berlatih dan berjaya mempersembahan dengan baik silat tari 'Mentera Semerah Padi' seminggu sebelum majlis di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pada hari tersebut, sekali lagi Muhammad Asy'ari  menunjukkan sikap memberontaknya.  Dia tidak mahu membuat persembahan.  Keraskan diri macam robot.  

Persalinan silat yang siap dipakai, sanggup dibuka, tetap tidak mahu meneruskan persembahan.  Malu, tidak tahu hendak letak mana muka.

Beberapa kali jururawat dan pengacara majlis cuba memujuk.  Tidak dilayan, muka marah, tarik muka tidak puas hati.  tetap tidak mahu teruskan persembahan.

Akhirnya majlis diteruskan tanpa persembahan silat tari daripada Asy'ari.  Apabila tidak didesak membuat persembahan,  Asy'ari terus tukar baju dan dengan selamba meneruskan acara bermain dengan maskot yang berada di majlis itu, termasuk Upin dan Ipin.

Pada tahun 2013, semua perkara sambutan diuruskan oleh staf NICU, PPUM.  Mereka ada mengeluarkan borang sesiapa yang setuju menjadi AJK sambutan untuk tahun-tahun berikutnya.  Saya antara bersetuju menyumbangkan tenaga.

Julai 2014, dengan rasminya menjadi AJK sambutan hari anak pramatang pada tahun itu.  Majlis sambutan diadakan pada 16 November, 2014.  Semasa mesyuarat kali pertama pada bulan itu, Asy'ari yang memang rapat, ikut sekali bersama dengan kakak-kakaknya.

Angah juga sudah bersekolah di Kelantan.  Masa ini semua anak akan dihantar bersekolah menengah agama di Kelantan, seawal tingkatan 1.  Ia rancangan awal sebelum menjadi pemastautin tetap setelah berpencen pilihan.

Semasa hadir mesyuarat, Dr. Azanna pengerusi sambutan menyatakan hasrat untuk meminta Asy'ari membuat persembahan pembukaan pada tahun itu.  Sambutan tahun itu diadakan di Ipoh dan dia akan berlintas langsung dari sana.

Dr. Azanna bertanya, kenapa Asy'ari tidak jadi membuat persembahan pada tahun 2013.  Saya menyatakan, "Mengikut yang diberitahu pada saya, dia penat tunggu.  Lama sangat."

"Oh! begitu.  Okay.  Tahun ini kita minta Asy'ari buat persembahan pembukaan majlis.  Dia hendak mahu tak puan Nora," tanya Dr. Azanna mengharap.

"Mood dia berubah-ubah doktor,  cuba doktor tanya sendiri padanya, " takut hendak jawap ya.  Nanti Asy'ari buat perangai lagi.

"Okay, tolong panggil dia."

Setelah Asy'ari masuk bilik mesyuarat, Dr. Azanna pegang tangan Asy'ari dalam kedudukan berhadapan.  Dia terus menyatakan permintaan, "Muhammad Asy'ari, boleh buat persembahan silat tak?  Tahun ini Asy'ari buat persembahan pertama."

Asy'ari menung sebentar, fikir dan akhirnya menjawab, "Bolehlah".  Terus berlari mendapatkan kakak-kakaknya di luar.

"Insya-Allah tu, dia kata boleh itu dengan yakin.  Asy'ari hendak lakukan, " ketika melihat saya seperti tidak begitu yakin janji Asy'ari.

Alhamdullillah.  Persembahan silat tari Asy'ari pertama kali berjaya dipersembahan.  Meleleh air mata gembira, Asy'ari tunai janji.

Sepanjang tahun 2014, sakit sendi terus berulang.  Berdiri lama sedikit akan sakit, berdenyut-denyut.  Gagahkan badan mengatasi kesakitan demi sokongan untuk persembahan Asy'ari.

Disember, 2014.  Dr. Azanna memanggil mesyuarat untuk 'post-mortem' sambutan tahun itu.  Dr. Azanna suka sangat melihat persembahan silat tari Asy'ari melalui video rakaman staf Neonate PPUM.

Sejak bercadang, bersara pilihan tahun ini,  saya mengikuti beberapa kursus yang difikirkan perlu untuk kerjaya di luar perkhidmatan awam.  Antara kursus yang dihadiri ialah penulisan.  

Minat penulisan fiksyen seperti cerpen, puisi, novel dan sebagainya.  Terus sahaja mengikuti penulisan tersebut.  Semasa menulis novel memoir kisah benar, beberapa kali tidak dapat meneruskan penulisan atau popular dikenali 'writing block'.

Mula menulis novel ini selepas menghadiri Konveksyen Penulisan 2014 bertajuk 'Menukar Pengalaman Menjadi Perkataan'.  Ada masa lapang sahaja, terus menulis.  

Oktober 2014, dengan rasmi menjadi pemastautin tetap negeri Kelantan.  Negeri kelahiran suami seperti perjanjian semasa mula berkahwin.  Masih terus menulis novel memoir ini. 

 Sehinggalah teguran-Nya, kali kedua dengan banjir besar di Kelantan  Disember, 2014. 
Hampir semua album dan barangan kenangan rosak.  Mana bukti hendak letak dalam novel memoir kisah benar ini.  Tertangguh lagi penulisannya, ketika itu sudah 70% penulisan.


Tidak sedar lagi, teguran diberi.  Selepas pemulihan kesan banjir selesai, masih lagi cuba menyiapkan penulisan novel ini.

28 Februari 2015, dijemput penerbit untuk berbincang mengenai penulisan.  Masa itu terus terfikir untuk menulis mengenai anak pramatang kami Muhammad Asy'ari. 

 Apabila menyatakan hasrat dan kenapa mahu menulis buku mengenainya, terus mendapat persetujuan penerbit.

Satu keajaiban berlaku, selepas menyatakan hasrat menulis buku kepada Dr. Azanna pula, mengenai anak pramatang.  Doktor sokong penuh, begitu juga ibu bapa yang hadir mesyuarat pada Mac 2015.

Kebetulan pula, tahun 2015 sambutan hari anak pramatang sedunia, PPUM menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan.  Doktor minta jikalau boleh buku ini, dilancarkan pada bulan November tahun itu.

Alhamdullillah.  Manuskrip ini siap sepenuhnya pada akhir Julai, 2015.  Mengikut perkiraan cukup masa untuk diterbitkan bulan November, 2015.  Pada majlis graduasi anak pramatang acara pada 15 November, 2016. 

 Saya diminta untuk menceritakan perkongsian pengalaman mengenai kelahiran anak pramatang kami Muhammad Asy'ari.  Masih sebak dengan kenangan, berjaya juga menyampaikan pengalaman dan memberitahu mengenai penulisan buku pramatang.

Perancangan Allah, ada hikmah tersembunyi.  Buku PRAMATANG Kelahiranmu Satu Anugerah, berada di pasaran awal Januari, 2016.  

Sebelum itu pemberian awal yang telah dibuat mendapat sambutan dan bulan Disember, masing-masing sudah mendapat buku, termasuk Dr. Azanna dan semua yang terlibat dalam buku PRAMATANG.

Bermula dari Januari sehingga sekali lagi, promote buku besar-besaran di beberapa pesta buku sekitar Lembah Klang.  Permintaan buku PRAMATANG menggalakkan.

Ada yang mesej bertanya beberapa soalan mengenai anak pramatang mereka.  Cuba menjawap soalan melalui dari pembacaan, doktor dan jururawat sendiri.

Apabila buku itu memasuki cetakan kedua dengan Edisi Kemaskini pada November 2016.  Pembelian daripada Perpustakaan Negara Malaysia.  Oh!  Ini yang Allah mahu saya lakukan.

Membantu atau lebih tepat lagi kebajikan berkekalan untuk anak-anak kami seperti doa/janji ketika diberi peluang kedua untuk hidup MEI 2008.

Perjalanan penulisan buku anak pramatang begitu mudah, dari sebuah ke sebuah lagi idea diberi oleh-Nya.

Disember, 2016.  Setelah diberi peluang menyatakan hasrat untuk bergerak menemui pembaca buku PRAMATANG.  

Selari dengan hasrat Dr. Azanna melancarkan Kumpulan Sokongan Anak Pramatang.

Maka kami sebagai team penaja pertubuhan KUMPULAN SOKONGAN ANAK PRAMATANG MALAYSIA (MY PREM) menjemput semua ibu bapa/penjaga/anak pramatang di seluruh Malaysia menjadi ahli Kumpulan ini.