INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Isnin, 9 Januari 2017



KUMPULAN SOKONGAN ANAK PRAMATANG MALAYSIA (MY PREM)






CERITA DI SEBALIK TABIR PENUBUHAN 

"Ya Allah! Jikalau diizinkan untuk terus bernafaz memelihara anak-anakku lagi. Aku akan melakukan sesuatu kebajikan mereka yang berterusan. Jikalau sebaliknya, aku redha dengan ketentuan-Mu."



Inilah doa, merupakan janji diri ini kepada Pencipta ketika berada di dalam keadaan situasi 50: 50.

Anak kami Muhammad Asy'ari lahir pada 15 Mei, 2008.  Kesibukan menguruskan keluarga dan pekerjaan sebagai perjawat awam.  Lupa sebentar janjiku kepada-Nya.

Tambahan lagi, Muhammad Asy'ari sering keluar masuk hospital dengan pelbagai komplikasi kesihatan kelahiran pramatang sehingga usia Asy'ari tiga tahun.

Sehingga ditegur secara halus oleh-Nya iaitu ketika baru hendak memotong kain putih uniform sekolah.  Tiba-tiba...

Ada renjatan eletrik menyalar seluruh tubuhku, sebaik sahaja aliran selesai.  Saya seperti lumpuh dan tidak boleh bergerak.  Istiqfar.

Sempat memanggil anak keduaku Muhammad Asyrif, 

"Angah, tolong bangunkan Ummi.  Ummi tidak boleh bergerak ini."

Angah dengan saiz badan yang sihat tegap, memapah dan menyuruh berehat di katil.  Angah menyelimutkan , sapu ubat panas di kaki dan pakaikan stokin.

Sebaik sahaja suami balik kerja,  dibawa terus ke DEMC Shah Alam bersama Angah untuk tujuan memapah.

Kesemua anak-anak dibawa bersama.  Along sahaja tiada, dia telah bersekolah di Maahad Pengajian Islam, Kelantan.

Setelah menerima pemeriksaan doktor pakar, terus dimasukkan ke wad.  Ada masalah sendi dan urat saraf.  Terus teringat kepada perjanjian itu.

Kejadian itu berlaku pada bulan MEI, 2012.  Empat tahun selepas kelahiran Asy'ari.  Waktu itu, tidak pasti apa yang perlu dilakukan.  Cuma sudah mula menghantar Asy'ari ke tadika.

Apabila pada tahun 2013, pihak NICU PPUM, menjemput Asy'ari hadir di hari anak pramatang sedunia pada 17 November, 2013.  Rupanya, inilah teguran oleh-Nya.  Ambil perhatian atau kebajikan anak pramatang kami.

Pihak NICU,  bertanya apa bakat yang Asy'ari boleh lakukan.  Bertanya kepada Asy'ari,

"Asy'ari hendak buat bakat apa?"

"Bersilat," Asy'ari menjawab dengan yakin.

Sejak bila Asy'ari tahu bersilat.  Tidak mengapa, nanti hendak selidik.  Beri jawapan dahulu kepada pihak pengurusan majlis di PPUM.

Apabila menghantar Asy'ari semula ke tadika Alam Ria Bestari, Seksyen 17, Shah Alam.  Setelah dua hari merajuk tak mahu sekolah, ikut ke tempat kerja.

Sanggup tidur bawah meja di pejabat, Bahagian Pelesenan Pemandu, Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor,  Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Cikgu Gee, cikgu tadika untuk pelajar lima tahun.  Menyambut kedatangan kami,

"Puan, nasib baik Asy'ari datang, dia sahaja yang tahu ikut rentak silat untuk persembahan graduasi akhir tahun ini."

"Asy'ari tidak beritahu apa-apa pun kepada saya, dia cuma cakap tidak mahu pergi sekolah sahaja."

"Ya puan.  Asy'ari merajuk dengan saya.  Dia hendak jadi ketua,  saya tidak bagi sebab dia kecil sangat daripada budak lain."

"Asy'ari jadilah ketua, janji mahu ambil bahagian," Cikgu Gee setuju dengan permintaan Asy'ari.

Senyum meleret Asy'ari apabila dapat apa yang dihajat.  Sejak itu Asy'ari rajin berlatih dan berjaya mempersembahan dengan baik silat tari 'Mentera Semerah Padi' seminggu sebelum majlis di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pada hari tersebut, sekali lagi Muhammad Asy'ari  menunjukkan sikap memberontaknya.  Dia tidak mahu membuat persembahan.  Keraskan diri macam robot.  

Persalinan silat yang siap dipakai, sanggup dibuka, tetap tidak mahu meneruskan persembahan.  Malu, tidak tahu hendak letak mana muka.

Beberapa kali jururawat dan pengacara majlis cuba memujuk.  Tidak dilayan, muka marah, tarik muka tidak puas hati.  tetap tidak mahu teruskan persembahan.

Akhirnya majlis diteruskan tanpa persembahan silat tari daripada Asy'ari.  Apabila tidak didesak membuat persembahan,  Asy'ari terus tukar baju dan dengan selamba meneruskan acara bermain dengan maskot yang berada di majlis itu, termasuk Upin dan Ipin.

Pada tahun 2013, semua perkara sambutan diuruskan oleh staf NICU, PPUM.  Mereka ada mengeluarkan borang sesiapa yang setuju menjadi AJK sambutan untuk tahun-tahun berikutnya.  Saya antara bersetuju menyumbangkan tenaga.

Julai 2014, dengan rasminya menjadi AJK sambutan hari anak pramatang pada tahun itu.  Majlis sambutan diadakan pada 16 November, 2014.  Semasa mesyuarat kali pertama pada bulan itu, Asy'ari yang memang rapat, ikut sekali bersama dengan kakak-kakaknya.

Angah juga sudah bersekolah di Kelantan.  Masa ini semua anak akan dihantar bersekolah menengah agama di Kelantan, seawal tingkatan 1.  Ia rancangan awal sebelum menjadi pemastautin tetap setelah berpencen pilihan.

Semasa hadir mesyuarat, Dr. Azanna pengerusi sambutan menyatakan hasrat untuk meminta Asy'ari membuat persembahan pembukaan pada tahun itu.  Sambutan tahun itu diadakan di Ipoh dan dia akan berlintas langsung dari sana.

Dr. Azanna bertanya, kenapa Asy'ari tidak jadi membuat persembahan pada tahun 2013.  Saya menyatakan, "Mengikut yang diberitahu pada saya, dia penat tunggu.  Lama sangat."

"Oh! begitu.  Okay.  Tahun ini kita minta Asy'ari buat persembahan pembukaan majlis.  Dia hendak mahu tak puan Nora," tanya Dr. Azanna mengharap.

"Mood dia berubah-ubah doktor,  cuba doktor tanya sendiri padanya, " takut hendak jawap ya.  Nanti Asy'ari buat perangai lagi.

"Okay, tolong panggil dia."

Setelah Asy'ari masuk bilik mesyuarat, Dr. Azanna pegang tangan Asy'ari dalam kedudukan berhadapan.  Dia terus menyatakan permintaan, "Muhammad Asy'ari, boleh buat persembahan silat tak?  Tahun ini Asy'ari buat persembahan pertama."

Asy'ari menung sebentar, fikir dan akhirnya menjawab, "Bolehlah".  Terus berlari mendapatkan kakak-kakaknya di luar.

"Insya-Allah tu, dia kata boleh itu dengan yakin.  Asy'ari hendak lakukan, " ketika melihat saya seperti tidak begitu yakin janji Asy'ari.

Alhamdullillah.  Persembahan silat tari Asy'ari pertama kali berjaya dipersembahan.  Meleleh air mata gembira, Asy'ari tunai janji.

Sepanjang tahun 2014, sakit sendi terus berulang.  Berdiri lama sedikit akan sakit, berdenyut-denyut.  Gagahkan badan mengatasi kesakitan demi sokongan untuk persembahan Asy'ari.

Disember, 2014.  Dr. Azanna memanggil mesyuarat untuk 'post-mortem' sambutan tahun itu.  Dr. Azanna suka sangat melihat persembahan silat tari Asy'ari melalui video rakaman staf Neonate PPUM.

Sejak bercadang, bersara pilihan tahun ini,  saya mengikuti beberapa kursus yang difikirkan perlu untuk kerjaya di luar perkhidmatan awam.  Antara kursus yang dihadiri ialah penulisan.  

Minat penulisan fiksyen seperti cerpen, puisi, novel dan sebagainya.  Terus sahaja mengikuti penulisan tersebut.  Semasa menulis novel memoir kisah benar, beberapa kali tidak dapat meneruskan penulisan atau popular dikenali 'writing block'.

Mula menulis novel ini selepas menghadiri Konveksyen Penulisan 2014 bertajuk 'Menukar Pengalaman Menjadi Perkataan'.  Ada masa lapang sahaja, terus menulis.  

Oktober 2014, dengan rasmi menjadi pemastautin tetap negeri Kelantan.  Negeri kelahiran suami seperti perjanjian semasa mula berkahwin.  Masih terus menulis novel memoir ini. 

 Sehinggalah teguran-Nya, kali kedua dengan banjir besar di Kelantan  Disember, 2014. 
Hampir semua album dan barangan kenangan rosak.  Mana bukti hendak letak dalam novel memoir kisah benar ini.  Tertangguh lagi penulisannya, ketika itu sudah 70% penulisan.


Tidak sedar lagi, teguran diberi.  Selepas pemulihan kesan banjir selesai, masih lagi cuba menyiapkan penulisan novel ini.

28 Februari 2015, dijemput penerbit untuk berbincang mengenai penulisan.  Masa itu terus terfikir untuk menulis mengenai anak pramatang kami Muhammad Asy'ari. 

 Apabila menyatakan hasrat dan kenapa mahu menulis buku mengenainya, terus mendapat persetujuan penerbit.

Satu keajaiban berlaku, selepas menyatakan hasrat menulis buku kepada Dr. Azanna pula, mengenai anak pramatang.  Doktor sokong penuh, begitu juga ibu bapa yang hadir mesyuarat pada Mac 2015.

Kebetulan pula, tahun 2015 sambutan hari anak pramatang sedunia, PPUM menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan.  Doktor minta jikalau boleh buku ini, dilancarkan pada bulan November tahun itu.

Alhamdullillah.  Manuskrip ini siap sepenuhnya pada akhir Julai, 2015.  Mengikut perkiraan cukup masa untuk diterbitkan bulan November, 2015.  Pada majlis graduasi anak pramatang acara pada 15 November, 2016. 

 Saya diminta untuk menceritakan perkongsian pengalaman mengenai kelahiran anak pramatang kami Muhammad Asy'ari.  Masih sebak dengan kenangan, berjaya juga menyampaikan pengalaman dan memberitahu mengenai penulisan buku pramatang.

Perancangan Allah, ada hikmah tersembunyi.  Buku PRAMATANG Kelahiranmu Satu Anugerah, berada di pasaran awal Januari, 2016.  

Sebelum itu pemberian awal yang telah dibuat mendapat sambutan dan bulan Disember, masing-masing sudah mendapat buku, termasuk Dr. Azanna dan semua yang terlibat dalam buku PRAMATANG.

Bermula dari Januari sehingga sekali lagi, promote buku besar-besaran di beberapa pesta buku sekitar Lembah Klang.  Permintaan buku PRAMATANG menggalakkan.

Ada yang mesej bertanya beberapa soalan mengenai anak pramatang mereka.  Cuba menjawap soalan melalui dari pembacaan, doktor dan jururawat sendiri.

Apabila buku itu memasuki cetakan kedua dengan Edisi Kemaskini pada November 2016.  Pembelian daripada Perpustakaan Negara Malaysia.  Oh!  Ini yang Allah mahu saya lakukan.

Membantu atau lebih tepat lagi kebajikan berkekalan untuk anak-anak kami seperti doa/janji ketika diberi peluang kedua untuk hidup MEI 2008.

Perjalanan penulisan buku anak pramatang begitu mudah, dari sebuah ke sebuah lagi idea diberi oleh-Nya.

Disember, 2016.  Setelah diberi peluang menyatakan hasrat untuk bergerak menemui pembaca buku PRAMATANG.  

Selari dengan hasrat Dr. Azanna melancarkan Kumpulan Sokongan Anak Pramatang.

Maka kami sebagai team penaja pertubuhan KUMPULAN SOKONGAN ANAK PRAMATANG MALAYSIA (MY PREM) menjemput semua ibu bapa/penjaga/anak pramatang di seluruh Malaysia menjadi ahli Kumpulan ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan