INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Selasa, 10 Januari 2017

TIPS MERANCANG - MEMBELI KEPERLUAN BULANAN KELUARGA


Setiap hari, minggu dan bulan , kita akan berbelanja untuk keperluan keluarga tersayang.
Kekadang bajet belian telah dibuat untuk sekian jumlah. Apabila sampai di pasar atau pasar raya. Mulalah rambang mata.
Ada sahaja barang tambahan yang tidak perlu dibeli. Akhirnya setiap bulan akan 'terover budget'.
Perkara ini selalu berlaku, terutama apabila dapat durian runtuh hujung tahun. Meriah berbelanja, sehingga lupa diri, bawa duit ngam-ngam je untuk beli barang keperluan.
Macam mana hendak buat ya. Barang keperluan tidak dibeli, barang kehendak yang memenuhi ruangan. Sudahnya tidak tahu hendak letak mana.
Semalam mengemas fail-fail lama zaman baru berumah tangga. Masa itu, anak tidak berderet lagi. Rajinlah ikut perancangan dengan teratur.
Sekarang, redha sajalah. Terlebih beli barang keperluan, sehingga dua tiga bulan. Ada juga kehabisan dalam stok. Kedai pula sudah tutup. Haru biru blues.

Ini cara saya lakukan;
  • Senaraikan semua barang keperluan minggu yang biasa dibeli setiap minggu.
  • Senaraikan semua barang keperluan bulanan yang biasa dibeli setiap bulan.
  • Sediakan jadual belian mingguan dan bulanan dengan menggunakan mikrosoft bersesuaian.
  • Sediakan juga jadual untuk tulis senarai barang yang hendak dibeli.
Tulis jumlah kuantiti yang diperlukan untuk sekeluarga setiap minggu dan bulan.


















Contoh belian minggu : Barang basah

7 ekor ikan talapia
3 ekor ayam
3 ikat sayur sawi
1 kubis bunga
1 brokoli
1 kilogram lobak merah
3 peket putik jagung
1 kilogram udang
1 kilogram sotong
3 kilo ikan kembung
1 kilogram bawang merah
500 gram bawang putih
300 gram halia
1 kilogram bawang besar

Contoh belian bulanan : Barang kering

3 kilogram tepung gandum
20 kilogram beras
3 kilogram biskut pelbagai perisa
500 gram koko
12 tin susu peket manis
1 botol kicap saiz besar
1 tin tomato puri saiz besar
1 kilogram cili giling
1 kiloggram garam halus
1 kilogram garam bukit
1 botol madu asli
1 botol sos tiram
5 kilogram minyak masak

Selepas itu, kira semua anggaran kasar harga setiap barang.  Contohnya;

7 ekor ikan talapia, anggaran harga sekilogram  RM12.  Anggaran berat 7 ekor, 3 kilogram.  Jadi, anggaran pembelanjaan yang diperuntukkan RM12 X 3 = RM36, sediakan duit sebanyak RM40.

Lakukan begitu untuk semua barangan yang akan dibeli secara mingguan atau bulanan.

Ketika hendak pergi membeli barangan keperluan ini,  senaraikan semula mengikut kuantiti dan anggaran harga.  Kita hanya perlu membawa sejumlah wang mengikut keperluan harian atau bulanan.

Setelah selesai, duit lebihan (jikalau ada diskaun), masukkan dalam tabung khas untuk belian kecemasan.  Tujuannya, sekiranya ada tetamu bertandang dalam minggu atau bulan tersebut.

Seterusnya bulan berikutnya, jikalau barangan keperluan bulanan masih berbaki atau tidak digunakan.  Tanda /  pada bulan tersebut.  Ini bermakna tidak perlu beli barang keperluan tersebut pada bulan itu.  Jimat lagi pembelanjaan bulanan kita.  Masuk terus dalam tabung khas kecemasan, jangan gunakan untuk kehendak pula ya.

Semasa rajin melakukan cara begini, saya mempunyai lebihan kewangan sekitar 10% daripada pendapatan bulanan keluarga. Sempatlah menampung keperluan tidak dijangka seminggu lagi. (Contoh: Ada komitmen bantu ibu bapa)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan