INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Isnin, 2 Mac 2015

SIAPA YANG SALAH

Rentetan peristiwa pagi 24 Februari 2015.
"Along, hendak pergi sekolah ke tidak"
Malam tadi Muhammad Asyhif tidak mahu ke sekolah. Dia kurang sihat sebab diserang asthma.
"Pergi... Abang dah pakai baju ini".
Seperti biasa hantar angah Muhammad Asyrif ke sekolah SMU (A) Tarbiah Islamiyah, Chabang Empat, Tumpat. Setelah hantar angah, hantar tiga orang anak lagi ke SK Wakaf Bharu.
Semasa melalui depan taman perumahan kami Taman Kasturi, jalan sesak.
"Rina ada kemalangan agaknya. Tidak pernah sesak kawasan ini"
Melintasi kawasan kejadian, nampak motor sudah di tepi jalan kedua - dua arah. Serpihan motor bertaburan di jalan.
"Sarah motor along ke tu"
"Tidak motor orang lain"
Setelah hantar mereka ke sekolah. Semasa perjalanan balik ke rumah, singgah tempat kejadian.
Sebuah motor itu serupa benar dengan motor along. Jantung mula berdebar. Lihat no. plat dan bungkusan plastik di motor. Sah motor along.
Melihat kiri kanan, mencari orang yang melihat kejadian. Masing-masing tidak tahu. Cadangan staf TNB Wakaf Bharu pejabat di taman perumahan kami.
"Ma.. (emak) cuba gi klinik Wakaf Bharu. Sekala hantar dat nu jika ada accident"
Ikut saranan, pergi ke klinik Wakaf Bharu, bahagian kecemasan. Muhammad Asyhif sudah mendapat rawatan awal dan sedar. Sebelahnya penunggang motor yang terlibat.
Menurut cerita darinya setelah ditanya Pegawai Perubatan. Dia dari Wakaf Bharu menghala ke Chabang Tiga rumahnya, setelah habis kerja menjual pakaian di Wakaf Che Yeh. Dia singgah makan di gerai sebelum tempat kejadian. Along Asyhif melintas jalan, dia sudah slow tapi tidak sempat brek. Bertembung. Pelanggaran berlaku.
Bila disoal oleh pegawai itu selanjutnya. Maklumat ini diperolehi.
1. Baru hendak pakai topi keledar semasa atas motor yang sedang berjalan.
2. Memakai selipar. Koyak di buku lali terkeluar isi dan luka di kaki, kepala.
3. Tiada memegang apa- apa lesen memandu.
4. Motor dalam ansuran dan geran dipegang oleh kedai. Roadtax tiada sebab pembeli pun tiada lesen.
Menurut Muhammad Asyhif setelah ingat kejadian berlaku.
1. Sudah melihat kedua - dua arah sebelum melintas.
2. Dari arah Wakaf Bharu tiada lampu kenderaan (kemungkinan motor tiada lampu). Dari Chabang Empat ada lampu kereta, anggaran sempat untuk melintas jalan selebar tujuh meter (anggaran).
Keadaan along semasa dibawa ke klinik. Lengkap dengan jaket, seragam sekolah pelajar tingkatan enam. Memakai kasut dan topi keledar masih di kepala. Beg, buku sekolah masih di raga motor. Hadapan motor rosak teruk.
Hanya Allah yang tahu kejadian sebenar. Syukur Muhammad Asyhif tidak mengalami kejadian teruk. Cuma sedikit terserpih tulang di pergelangan tangan dan lengan bawah siku.
Iktibar kejadian ikut macam si bongsu cakap.
"Ummi penunggang motor itu tidak pakai topi keledar dengan kemas. Lampu motor tidak dipasang. Memakai selipar dan baju gelap"
Ingat iklan keselamatan penunggang motorsikal di televisyen.

Ramai pengguna jalan raya tidak mempunyai kesedaran, bahawa undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan adalah untuk keselamatan mereka juga.  Bila berlaku kemalangan sering menyalahkan pihak yang berlanggar dengannya.  Sedangkan dia sendiri melakukan pelanggaran undang-undang yang besar.  Ada ke patut, penunggang yang melanggar Muhammad Asyhif meminta gantirugi.  Sedangkan kalau kami panjangkan kes, sudah sah dia kena saman melebihi  RM1,000 kerana pelanggaran undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan