INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Isnin, 2 Mac 2015

MUHAMMAD ASYRIF DAN ALAHAN BAHAN GETAH

Hidup ini penuh dengan cabaran
Cabaran mematangkan kita
1.00am 1 Mac 2015
(Dalam bas - perjalanan balik ke Kelantan)
"Ummi..., Angah ingat tidak mahu ke sekolah esok"
"Kenapa Angah?"
"Kaki Angah ini makin teruk, luka di tapak kaki ini menanah balik. Angah hendak jalan pun susah"
"Angah cuba cuci, sapu ubat yang ada di rumah. Kalau pukul 7.00am masil tidak baik, Ummi bawa Angah ke hospital"
Angah Muhammad Asyrif sudah disahkan oleh doktor pakar dermatologi. alahan pada semua bahan dibuat dari getah. Pelajar sekolah diwajibkan memakai kasut, sebahagiannya dibuat dari getah. Kejadian dirujuk doktor pakar dermatologi hospital Kuala Lumpur itu berkenaan tapak kaki Angah yang mengelupas, berair dan bernanah, hingga susah berjalan.
Ujian makmal dibuat pada tahun 2009 dan hasilnya Angah alergi kepada getah. Ujian kali kedua dari projek mengenal alahan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2012, memberi jawapan yang sama.
Sebaik sahaja tiba di rumah jam 5.30am. Kejutkan anak-anak untuk ke sekolah dan hampir Subuh.
"Angah, beri Ummi lihat kaki Angah"
"Semua kawasan ini sakit, hendak pijak pun tidak boleh'
"Selepas Ummi urus adik-adik ke sekolah, Ummi bawa Angah ke hospital Tumpat. Angah mandi dan bersiap. Kena ambil surat pengesahan sekolah Angah dahulu"
Selepas hantar anak-anak ke sekolah SK Wakaf Bharu. Sarapan dengan minuman kafien dan tiga keping biskut. Pergi ke sekolah Angah SMU (A) Tarbiyah Islamiyah.
"Puan hendak jumpa siapa dan anak ini kenapa?"
"Hendak ke pejabat untuk surat pengesahan sekolah. Kaki dia alahan"
"Alahan apa? Kenapa tidak beritahu?. Pihak sekolah boleh pertimbangkan pengecualian jika perlu"
"Alahan bahan dari getah. Pakai kasut sekolah jadi begini. Sekolah lama dia pakai selipar"
"Kalau begitu, puan ke pejabat dan beritahu pada mudir"
Menurut Angah, guru itu adalah GPK (1) sekolah. Surat pengesahan ditandatangani oleh mudir, setelah dicerita keadaan kaki Angah itu. Mudir memberi kebenaran Angah menggunakan selipar selipar sehingga kaki Angah pulih sepenuhnya. Bila pulih, mudir memberi kebenaran menggunakan kasut dari kulit.
"Lain kali Muhammad Asyrif, beritahu cikgu jika awak ada apa-apa alahan.  Sudah teruk macam ini, awak juga yang susah.  Puan ambil surat pengesahan itu, sudah siap ditandatangani"
"Terima kasih cikgu"
 Dari sekolah terus ke hospital Tumpat untuk menerima rawatan. Tunggu Ayah Muhammad Asyrif hantar gambar slip ambil ubat tahun 2009. Memohon doktor yang merawat untuk membekalkan ubat sama rujuka doktor pakar dermatologi hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, doktor beri kerjasama dan ubat yang sama ada bekalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan