INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Jumaat, 30 Januari 2015

SEPANJANG PERJALANAN DENGAN KOMUTER

SEPANJANG PERJALANAN DENGAN KOMUTER

February 15, 2011 at 1:04am
          14 Februari 2011 - Perjalanan dari Shah Alam ke Bank Negara dengan menaiki komuter. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Saya ditemani oleh anak kedua saya untuk berjumpa dengan adik saya di bandar metropolitan KL. Dalam perjalanan itu bermacam ragam disaksikan. Di sini saya ceritakan beberapa peristiwa sebagai renungan dan iktibar.

Peristiwa 1
- Seorang pemuda Cina, mungkin pelajar kolej sedang membaca buku tanpa memperdulikan orang lain. Apabila  hampir sampai ke destinasi yang dituju, pemuda Cina mengemas buku yang dibacanya. Saya merasa kagum sedikit dengan cara pemuda ini menyimpan buku dan peralatannya di dalam beg galas.(Kebetulan duduk di sebalah pemuda Cina ini). Dia menyusun buku, buku nota dan peralatan menulis dalam satu folder bertutup seperti kotak plastik. Bukan satu tetapi tiga, bermakna tiga set folder tersebut. Dalam hati saya, beranggapan kemungkinan pemuda Cina ini menyusun buku, nota dan peralatan menulis bagi setiap subjek yang diambilnya. Dengan cara ini, dia akan menulis nota berasingan bagi setiap subjek dengan menggunakan peralatan dalam folder subjek yang berasingan tadi. Ini untuk mengelakkan dia tertinggal peralatan jika menggunakan satu folder sahaja untuk kesemua subjek, maklumlah sebagai pelajar kolej akan terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Di samping itu dia tidak terlupa/tersalah salin ke buku nota untuk subjek tertentu.

Peristiwa 2
- Dua orang wanita Melayu masuk sambil berbual sesama sendiri. Dapat tempat duduk, membaca juga tetapi buku yang dibacanya ialah majalah nona, mingguan wanita. Sekadar membelek, bergosip isi kandungan majalah yang dibelek, letak kembali dalam beg plastik yang bercampur dengan anika benda, dibawa sambil bimbit saja. Walaupun majalah ada info yang berfaedah, cara meletakkannya macam tidak berharga langsung. Dalam tangkapan saya, cara ini menunjukkan habis saja dia membaca isi kandungannya, biarkan saja di atas meja/di mana saja yang sempat tanpa menyusun  di tempat yang khas.

Peristiwa 3
- Sepasang kekasih berbangsa Melayu tanpa segan silu duduk rapat, bersambung kepala. Cakap berbisik-bisik, tanpa memperdulikan orang lain yang melihat telatah mereka.

Peristiwa 4
- Sepasang suami isteri, mungkin baru kahwin kerana inai masih merah di jari. Si isteri berinai sepuluh
jari, si suami berinai 3 jari. Duduk berdekatan tapi si isteri agak segan silu untuk merebahkan kepala ke bahu suami dan si suami pula agak segan untuk memeluk isteri di kalayak ramai.
Motif cerita - Cara didikan dan rasa tanggungjawab terhadap sumber ilmu (bahan bacaan) dan keimanan yang tebal saja yang boleh membentuk peribadi kita menjadi yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan