Memperkenalkan anak-anakku
MUHAMMAD ASYHIF BIN MOHD ARIS
Pelajar tingkatan enam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pelajar Maahad Pengajian Islam, Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.
Seawal usianya lima tahun, telah dihantar ke sekolah agama swasta Sekolah Rendah Islam Pintar, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Minat untuk ke sekolah, menjadikan ummi dan ayah pening kepala mahu sekolah apa dan bentuk pembelajaran bagaimana hendak diterapkan ke jiwa anak ini.
Akhirnya ummi dan ayah sebulat suara menghantar ke aliran agama. Gembiranya hati arwah nenek Muhammad Asyhif, cucu sulung lelaki dari anak perempuannya hendak belajar agama. Setiap kali cuti sekolah Muhammad Asyhif akan berada di rumah nenek di Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
Apabila berada di sana, nenek Asyhif akan pura-pura bellajar dari cucunya
"Muhammad... belajar apa di sekolah"
"Belajar Bahasa Malaysia, English, Arab, Matematik, solat, makan ramai-ramai dan banyakkk lagi, Abang tidak ingat"
"Muhammad boleh ajar nenek tak?"
"Nenek hendak belajar apa?'
"Apa-apa sahaja yang Muhammad ajar, nenek ikut"
"Okay..., Abang ajar nenek bahasa Arab lah hari ini. Nenek ambil buku tulis"
"Tidak payahlah, nenek hafal saja. Lagipun nenek tulis dalam jawi, nanti Muhammad tidak tahu baca"
"Okay"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan