TANGGUNGJAWAB PENJAGAAN IBUBAPA
Perbalahan sering berlaku antara adik beradik apabila ibu atau bapa mereka telah berumur dan tidak mampu menguruskan diri sendiri lagi. Sepatutnya perbalahan seperti ini tidak berlaku kerana di dalam agama Islam sendiri, telah mengariskan secara jelas bahawa anak lelaki bertanggungjawab menjaga ibu atau bapa mereka sehingga akhir hayat mereka. Itu sebabnya secara faraid anak lelaki mendapat dua pertiga dari harta pusaka, selain menjaga ibubapa, anak lelaki juga bertanggungjawab ke atas adik beradik perempuan yang tidak berkahwin.
Kalau anak perempuan diarah oleh warisnya (orang lelaki), mereka mestilah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu kerana akan menjadi tanggungjawab suaminya dan pembiayaan akan bertambah. Jika anak perempuan itu bujang pula, pembiayaan penjagaan ibubapa hendaklah diberi oleh warisnya yang lelaki tadi kerana dirinya sendiri di bawah tanggungjawab warisnya yang lelaki. Walaupun anak perempuan itu bekerja dan berjawatan tinggi, tanggungjawab menjaga ibubapa tetap kepada anak lelaki, melainkan jika tiada anak lelaki dalam keluarga itu, waris lelaki dalam keluarga sebelah bapa atau ibu bertanggungjawab mengarahkan anak saudaranya menjaga ibubapa mereka segala bergilir. Itulah adilnya Islam.
Sedarlah jika kita tidak menjaga amanah Allah, hidup kita tak akan berkat dan kita akan sentiasa ditimpa kesusahan di dunia ini. Mengenai pembahagian harta pusaka pula, pastikan kita sentiasa mengikut hukum faraid supaya harta yang kita perolehi dan usahakan mendapat keberkatan Allah. Eloklah diselesaikan pembahagian harta pusaka dengan segera supaya kita tidak terlibat makan harta anak yatim tanpa kita sedari. Wahai ibu tunggal atau duda, sedarlah harta peninggalan arwah suami atau isteri anda adalah harta anak yatim sebenarnya, begitu juga waris yang diamanahkan menjaga harta tersebut. Jangan pandang remeh perkara ini kerana kesannya amat besar di kemudian hari. Hanya sekadar pengingatan, maaflah jika ada yang terasa, tetapi begitulah kehidupan kita sebagai umat Islam telah diatur. Fikir dan renungkanlah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan