SINOPSIS
Kisah
seorang gadis terperangkap dengan cinta seorang jejaka, yang akhirnya menjadi
Mangsa Cinta yang memusnahkan masa depan gadis tersebut.
Aku
tidak segera menjawab pertanyaan Cik Rohaini kerana aku lihat Firdaus dan dua
lelaki lain berada di situ. Mereka
merenungku dengan pandangan yang sungguh ganjil. Aku melihat silih berganti kepada Firdaus,
dua lelaki itu dan kemudian Cik Rohaini dengan wajah yang cemas.
“Jangan
takut Cik Roszaty, mereka Cuma jurukamera dan pegawai iklan kami saja. Lagi pun bukan ke Firdaus ada…”
SINOPSIS
Cerpen
ini mengisahkan seorang gadis bernama Nur Hidayah menyukai seorang jejaka di
zaman sekolahnya. Kemesraan persahabatan
mereka tidak disedari oleh sesiapa antara teman sekolah mereka. Seorang sahaja sahabat karib Nur Hidayah,
Idayu menyedari persahabatan Nur Hidayah dengan Muhammad Faiz, bukan seperti
sahabat biasa, ada hubungan yang istimewa,
Nur Hidayah bertemu kembali setelah Muhammad Faiz bertugas sama
dengannya. Adakah itu cinta antara
mereka?
SINOPSIS
Cerpen
Kesedaran, mengisahkan cerita seorang gadis, anak orang kaya yang terlibat
dalam gejala social. Kejadian aib yang
hampir berlaku ke atas dirinya, membuatkan dia mula sedar dan kembali menjalani
kehidupan seperti muslimah sejati.
SINOPSIS
Cerpen
Dendam ini mengisahkan seorang pelajar perempuan, yang selalu tidak hadir ke
sekolah akibat mengidap sakit lelah. Aku (Nor) berusaha untuk mengejar
pelajaran yang ketinggalan semasa tidak hadir ke sekolah. Nor berusaha keras mengejar saingannya iaitu
pelajar lelaki popular di kelas yang sering mendapat tempat pertama. Walaupun Nor dapat memperbaiki keputusan
peperiksaan akhir tahunnya, namun pelajar lelaki itu, masih tetap
mendahuluinya. Pelajar lelaki itu telah bekerjasama dengan seorang pelajar
perempuan untuk mengalahkan dia dalam pelajaran. Sedangkan sebelum kedatangan pelajar
perempuan ini, dia dan pelajar lelaki itu antara pelajar terbaik di sekolah
mereka. Dendam Nor bermula kerana
kejayaan pelajar lelaki dan teman wanitanya yang baru, menjadi pelajar terbaik
sekolah memang menjadi idaman setiap pelajar di sekolah Nor.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan