INSPIRASI

INSPIRASI
SURAH

Jumaat, 9 Januari 2015

TIP MERANCANG - TAHAP KECEMERLANGAN

TAHAP KECEMERLANG

            “Rina itu sudah tiga  tahun berturut dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang”

            “Sarah itu pula, baru masuk kerja, tiada pengesahan lagi, sudah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang”

            “Kita ini sudah bertahun kerja, sampai hendak pencen, satu perhargaan pun tidak pernah dapat”

Rungutan dari Salmah dan Norita membuatkan aku senyum sendiri. Rasa tidak puashati sesetengah perjawat awam setiap kali penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang saban tahun diumumkan. 

Aku teringat kata-kata motivasi seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan, semasa aku mula berkhidmat sebagai perjawat awam. Kata-kata yang menjadi peganganaku hingga kini ialah;

“Buku Perintah Am  atau General Order mesti dijadikan panduan sepanjang menjawat mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam. Paling kurang tamatkan bacaan buku ini dua tahun sekali” sambil menunjukkan buku setebal melebihi tiga centimeter itu.

Mulanya aku tidak faham kenapa kakak sarjan menyarankan begitu..Setelah sentiasa mengamalkan pembacaan buku “Perintah Am” sepanjang perkhidmatan, barulah aku sedar kelebihannya

.Mulalah aku merangka bagaimana untuk mencapai ketahap yang lebih tinggi, walaupun aku bermula dari bawah. Caranya aku mengira umur aku menjawat jawatan di perkhidmatan awam dan sehingga anggaran umur bersara yang aku kehendaki.

.Aku tolak umur anggaran bersara dengan umur mula berkhidmat. Jumlah umur yang didapati dibahagikan dengan beberapa tingkat pangkat yang ada.

Aku memasuki perkhidmatan awam ketika berumur 21 tahun 9 bulan, aku bercadang untuk bersara pilihan setelah genap 25 tahun perkhidmatan, seperti yang diwajibkan kepada semua perjawat awam lantikan di bawah tahun 1992. 

Semasa tahun aku dilantik dalam perkhidmatan awam, kumpulan perkhidmatan ada empat saja iaitu;-

Kumpulan D – N1 – N11 iaitu Pembantu Am Rendah hingga Jurutaip.

Kumpulan C – N13 – N17 iaitu Pembantu Tadbir Rendah hingga Pembantu Tadbir.

Kumpulan B – N22 – N32  iaitu Pembantu Tadbir Kanan hingga Penolong Pegawai Tadbir Kanan.

Kumpulan A – N36 hingga N48 iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi hingga Pegawai Tadbir Diplomatik.

Aku hanya berhajat untuk sampai ketahap Kumpulan B sahaja iaitu sebagai Penolong Pegawai Tadbir atau paling kurang sama dengan ayahku iaitu sebagai Ketua Kerani sebelum beliau pencen wajib 55 tahun.  

Jadi mengikut kiraanku dari umur 21 tahun 9 bulan, jikalau 25 tahun perkhidmatan, ini bermakna aku boleh bersara pilihan pada usia 46 tahun 9 bulan. 25 bahagi dengan empat kumpulan di atas, setiap satu kumpulan aku perlu usaha untuk kenaikan pangkat antara enam hingga tujuh tahun.

Aku memegang jawatan Jurutaip Polis Diraja Malaysia Cawangan Narkotik Bukit Aman dari bulan Januari 1989 hingga Julai 1995.(Enam tahun).

 Aku memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) mulai Julai 1995 hingga Oktober 2009 di Mahkamah Sivil Wilayah Persekutuan dan Shah Alam.

 Aku memegang jawatan Pembantu Tadbir (P/O) KUP N22 mulai Julai 2009 hingga pencen pilihan pada Oktober 2014 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor. 

 Aku telah lulus kesemua ujian untuk kenaikan pangkat iaitu ujian KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) sebanyak dua kali.  Satu semasa dari Jurutaip ke Pembantu Tadbir pada tahun 1992 dan satu lagi untuk naik pangkat dari Pembantu Tadbir ke Penolong Pegawai Tadbir pada tahun  2007.

Oleh kerana perjawatan Penolong Pegawai Tadbir agak terhad dalam Perkhidmatan Awam, aku redha setakat menjawat Pembantu Tadbir (P/O) KUP N22. Aku berpendapat tahap kecemerlangan seseorang itu, apabila kita dapat menunaikan atau mencapai sasaran matlamat dalam sesuatu pekerjaan. 

Memandangkan aku berniat dari awal menjawat perkhidmatan untuk paling kurang jawatan sama dengan ayahku, itulah yang aku dapat, cuma yang lebih sedikit dari ayahku ialah aku telah lulus KPSL N27, jikalau  berpeluang boleh menjawat  jawatan Penolong Pegawai Tadbir.N27.

Aku menyeru kepada semua pekerja makan gaji sama ada di Sektor Awam atau Swasta, buat satu garis panduan atau sasaran matlamat dalam perjawatan anda, supaya dengan garis panduan ini kita berusaha untuk mencapainya seberapa daya yang boleh. Semangat berusaha perlu ada bagi semua pekerja. Tahap Kecemerlang kita, kita ukur sendiri dan ianya lebih bermakna dan mendapat kepuasan hakiki.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan